Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Jangan biarkan bumi ini dirobek ultra kiasu yang tak sedar diri
BENAR
belaka jangkaan selama ini, UMNO telah memilih MCA untuk bertanding
dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, mungkin kerana telah diugut MCA, akan
keluar BN sehingga membawa kepada terbubarnya BN, maka izinkan saya
coretkan sedikit artikel yang agak ‘rasis’ ini. Saya tidak fikir dengan
terbubarnya BN, maka semua negeri di bawah BN akan jatuh kepada tangan
pembangkang.
Jika
benarlah dengan keluarnya MCA akan terbubar BN, semua Ahli Parlimen BN
akan menjadi tidak berparti atau ahli bebas, reda dan hadapilah dengan
penuh tabah. Jika tidak, sampai PRU 15 nanti, pasti politik ‘bodoh’ akan
berulang dan menjadi budaya. Budaya yang membodohkan kita sebagai orang
Islam.
Yang rugi
sudah tentu bukan MCA, tetapi adalah parti orang Melayu seperti UMNO dan
PAS. MCA atau MIC akan ugut sampai kiamat. Sampai bila kita harus
terima politik ugut mengugut atau desak mendesak.
Saya bukan
rasis. Saya tetap Cina sampai bila-bila. Semua Cina itu saudara saya.
Lebih-lebih lagi ahli keluarga saya. Namun, saya masih boleh mengenali
mana Cina baik, mana yang ultra kiasu.
Cina baik
adalah Cina seperti mendiang Profesor Khoo Kay Kim, Prof Teo Kok Siong
dan lain-lain lagi. Manakala Cina ultra kiasu adalah Cina yang berada
dalam parti ultra kiasu seperti MCA, Gerakan dan DAP.
Jika
mereka tidak ultra kiasu sudah tentu mereka akan bersama menjunjung
perkara yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial yang telah
menghasil Perlembagaan negara.
Contoh-contoh
yang telah biasa kita dengar seperti kedudukan Islam, bahasa Melayu,
hak istimewa Melayu dan Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan sebagainya.
Ini tidak,
terus dipertikaikan tanpa kesudahan. Kaduk naik junjung. Di Sarawak
lagilah, ultra kiasu inilah yang menjadi tali barut berkempen Sarawak
untuk Sarawakian, Sabah untuk Sabahan. Mereka mahu menghasut mahu
membawa Sarawak dan Sabah keluar daripada Malaysia.
Biarlah saya nukilkan di sini coretan anak Sarawak, Adam Lawrence untuk mengenali ultra kiasu dengan lebih dekat.
Kata Adam
Lawrence, Sarawak asalnya dihuni bangsa Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh,
Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan dan ain-lain. Kami adalah penduduk asal
sejak ribuan tahun, bukannya baru 100 atau 50 tahun yang lalu.
Orang Cina
yang memandai mengajak orang Sarawak supaya tuntut untuk keluar dari
Malaysia di Sarawak itu adalah bangsa atau kaum yang tidak ada asal usul
di bumi Sarawak ini. Kamu orang Cina tidak ada sejarah tumpah darah
melawan menjajah. Sila namakan seorang bangsa kamu orang Cina yang
pernah melawan penjajah di bumi Kenyalang ini?
Jadi, kamu
yang merupakan kaum pendatang yang masih baru mendatang tidak perlu
hendak ajak atau cuba menghasut bangsa asal di bumi ini supaya keluar
Malaysia. Sejarah hidup yang ada pada bangsa kamu adalah sebagai komunis
memerangi bangsa aku sendiri! Tanah kami ada adatnya, ada ceritanya dan
ada sejarahnya.
Di mana bangsa kamu, semasa James Brooke serang kami dahulu? Siapa nama pahlawan kamu yang berjuang bersama kami?
Saya
tambah di sini, begitu juga di Sabah ketika perintah oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British. Siapa yang mempertahankan Sabah ketika
dijajah? Terpahatkah nama-nama kamu ultra kiasu? Tidak juga. Yang kita
dengar adalah nama-nama tempatan yang mempertahankannya, seperti Mat
Salleh, Antanum, Datu Tating, Panglima Ali, Si Gunting di Sabah.
Manakala di Sarawak seperti Shariff Masahor, Rentap, Banting, Asun,
Datuk Patinggi Abdul Ghafur, Rosli Dhoby dan lain-lain. Semuanya
nama-nama tempatan. Ada ultra kiasu di sini?
Adam
Lawrence menambah lagi, kami Iban digelar Sea Dayak kerana datang dari
hulu pendalaman ke tepi laut yang asing mempertahankan kedaulatan tanah
kami.
Saya ingin
berpesan kepada kaum kamu kaum bangsa Cina golongan pendatang ini,
Jangan sesekali hidup sebagai bangsa yang kurang ajar di tanah orang
lain kemudian berlagak macam orang asal di sini. Duduk dan tinggallah
elok elok cari makan di sini. Tak perlu hendak ajar kami apa yang
terbaik untuk kami.
Saya setuju dengan kata-kata Adam Lawrence, keluarga saya pun sebegitu.
Kata Adam
Lawrence, keluarga aku ada juga yang berbangsa Cina, tetapi tidak pula
bengap macam kamu. Sudahlah pendatang, dan senang-senang dapat duduk
jadi warga Sarawak, kemudian hendak ajak aku dan bangsa aku orang asal
negeri ini keluar Malaysia.
Tapi kami
semua adalah bangsa asal negeri ini dan termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan ada hak kami sebagai pribumi dan sebagai bangsa Bumiputera.
Jangan ingat kerana pemimpin kami lemah. Kamu boleh pijak-pijak orang
bawah sesuka hati kamu (Adam Lawrence, 2009)
Jika
benarlah ini adalah coretan Adam Lawrence, renungilah ia wahai umatku.
Kita sudah tidak banyak masa untuk terus bumi ini dirobek oleh ultra
kiasu yang tidak pernah sedar diri.
Saya akui,
bukan semua ahli MCA itu ultra kiasu, begitu juga parti perkauman yang
lain. Banyak lagi baik. Malangnya, yang baik itu tidak memimpin.
Rata-rata yang memimpin adala ultra kiasu. Mereka ini yang menjadi duri
dalam daging, gunting dalam lipatan. Tidak mahu patuh kepada
perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam sosial kontrak. Terus
mempertikaikan, ugut dan desak. Sampai bila kita mahu menjadi pengemis
kepada MCA dengan menggadaikan Perlembagaan?
*Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan