Rabu, 4 September 2019

Terus kempen walau diperlekeh

Dr Ahmad Sanusi Azmi

 

Kena faham kempen produk muslim bukan boikot produk bangsa lain

PENGARANG akhbar Amanah Daily ini kelihatan seakan memperlekeh usaha saudara muslimnya untuk memperkasa ekonomi umat Islam. Biarpun ada segelintir yang memperkecilkan usaha ini, janganlah kita berputus asa. Ini kerana, ketika Rasulullah ﷺ berusaha membangunkan ekonomi muslim di Madinah, Baginda turut pernah disabotaj.

2. Usaha Rasulullah ﷺ untuk menghidupkan ekonomi buat muslim telah disabotaj oleh Kaab Bin Asyraf, seorang pembesar Yahudi. Kaab datang merobohkan khemah perniagaan yang telah dibangunkan. Bertegas dengan tindakan Kaab yang merobohkan khemah perdagangan pasar kaum muslimin, Rasulullah ﷺ menegaskan:

لا جرم لأنقلنّها إلى موضع هو أغيظ له من هذا
“Baiklah, kita akan bina pasar yang lebih dimarahi (yang lebih dibimbangi oleh Yahudi) daripada ini!” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)

3. Menurut riwayat Ibn Syabah, Rasulullah ﷺ sendiri yang menyumbang ke arah pembangunan pusat perdagangan muslim. Kata beliau:

أن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم تصدق على المسلمين بأسواقهم
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ sendiri menyumbang (melaburkan wang kepada pembangunan) pasar-pasar perdagangan kaum Muslim.” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)

4. Semalam, Mufti Perlis turut bersetuju agar kaum muslim bersama menyokong kempen mengutamakan produk muslim. Malangnya ada di kalangan muslim sendiri yang kelihatan seakan merendah bahkan memperlekeh usaha murni ini.

5. Lebih malang lagi apabila ada yang mengelirukan kempen ini dengan mengatakan ianya adalah usaha boikot sedangkan apa yang ditegaskan adalah kempen mengutamakan barangan muslim.

Mari bersatu memperkasa ekonomi Ummah! Usah peduli kata-kata yang memperlekeh.

* Dr Ahmad Sanusi Azmi, Ahli Majlis Ulama Isma

Tiada ulasan: