Ahad, 1 September 2019

Kontroversi perkauman timbul kerana PH bukan BN, UMNO

siti hafidah 

 

PM gelar Dong Zong rasis, tapi DAP dan PKR pertahankan pula: Najib

BANGI– Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), mendakwa parti berkenaan punca timbulnya isu perkauman kebelakangan ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, masalah perkauman yang semakin meruncing, bahkan didakwanya paling teruk dalam sejarah terbaharu negara itu sebenarnya ditimbulkan sendiri oleh PH.

“Yang gelar Dong Zong rasis dan mahu diharamkan, PM ke-7. Yang pertahankan Dong Zong, DAP dan PKR. Yang bantah Zakir Naik, Syed Saddiq. Yang sokong Zakir Naik, Syed Saddiq.

“Yang gelar orang Melayu muslim sebagai satu juta pak guard Bangladesh minggu lepas, Timbalan Menteri, Sim Tze Tzin. Sim sendiri pun sedar dia bersalah apabila dia padam posting dia setelah dikritik 4,000 netizen selepas satu jam. Tetapi enggan memohon maaf,” katanya.

Beliau dalam hantaran di Facebooknya berkata, setiap hari pastinya timbul isu membabitkan pertikaian dan ketidakpuasan hati antara kaum, sehingga menyebabkan pergaduhan.

“Dah penat nak baca tentang isu-isu ini. Tak habis-habis. Seperti semangat 1Malaysia, semangat perpaduan antara bangsa dan agama tak wujud lagi.

“Dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini dilaporkan bahawa masalah perkauman semakin meruncing malahan dikatakan paling teruk dalam sejarah terbaharu negara,” katanya.

Pada masa sama, Najib turut mengingatkan kerajaan Malaysia yang ditadbir PH bahawa rakyat telah memberi mandat untuk menjaga serta membina negara.

“Tapi mereka gunakan mandat ini untuk main yang bukan-bukan pula. Tiap-tiap hari kita membaca kem PM ke-7 marah kem PM ke-8 atau sebaliknya. Tak habis-habis mereka untuk merebut kuasa Perdana Menteri,” sindirnya.


Tiada ulasan: