Dr Ahmad Sanusi Azmi
Banyak riwayat sahih mengenai hukuman, larangan pelakuan liwat
1. SEMALAM
ada yang bertanya tentang hadith yang dinukilkan oleh Ustaz Ebit Lew
tentang hukuman liwat. Ada dikalangan Liberal yang menyatakan bahawa
hadith hukuman liwat tersebut tidak sahih bahkan kesemua hadith tentang
bunuh peliwat dikatakan tidak sahih.
2. Ini
adalah kenyataan yang tidak benar. Untuk menyatakan hadith tersebut
tidak sahih juga adalah kurang tepat kerana terdapat juga sarjana hadith
yang menilai hadith ini sebagai sahih. Sebagai contoh Sheikh al-Albani
di dalam karya beliau berjudul Irwa’ al-Ghalil menilai hadith ini
sebagai sahih. Al-Imam al-Hakim melihat hadith ini sebagai memiliki
sanad yang sahih (isnaduhu sahih), begitu juga dengan al-Imam al-Zahabi.
3. Andai
benar sekalipun hadith ini terdapat kecacatan, amalan sahabat boleh
dijadikan rujukan buat kita. Ini kerana, para sahabat adalah kumpulan
yang sangat rapat dengan Rasulullah dan mereka memahami kehendak syarak.
Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, para sahabat mengenakan hukuman yang
berat terhadap pelaku liwat. Kata beliau:
وحرق اللوطية بالنار أربعة من الخلفاء أبو بكر الصديق وعلي بن أبي طالب وعبد الله بن الزبير وهشام بن عبد الملك
“Empat
orang pemerintah Islam pernah membakar pelaku liwat dan mereka adalah
Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Ali ibn Abi Talib, Abdullah ibn al-Zubayr
dan Hisham ibn Abd al-Malik.” (Ibn al-Qayyim, Raudah al-Muhibbin)
4. Bahkan
beliau turut menjelaskan bahawa bukan sahaja para sahabat mengenakan
hukuman berat terhadap pelaku liwat, para Tabien, para Imam Mazhab turut
memiliki pendapat yang sama.
Melihatkan kepada dahsyatnya kerosakan
yang dilakukan oleh peliwat, para sahabat, tabien dan imam-imam mazhab
telah mengenakan hukuman yang berat. Kata Ibn al-Qayyim:
فَذَهَبَ
أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ، وَعَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ، وَخَالِدُ بْنُ
الْوَلِيدِ، وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ، وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ
عَبَّاسٍ، وَخَالِدُ بْنُ زَيْدٍ، وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَعْمَرٍ،
وَالزُّهْرِيُّ، وَرَبِيعَةُ بْنُ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ، وَمَالِكٌ،
وَإِسْحَاقُ بْنُ رَاهَوَيْهِ، وَالْإِمَامُ أَحْمَدُ – فِي أَصَحِّ
الرِّوَايَتَيْنِ عَنْهُ – وَالشَّافِعِيُّ – فِي أَحَدِ قَوْلَيْهِ –
إِلَى أَنَّ عُقُوبَتَهُ أَغْلَظُ مِنْ عُقُوبَةِ الزِّنَى، وَعُقُوبَتُهُ
الْقَتْلُ عَلَى كُلِّ حَالٍ، مُحْصَنًا كَانَ أَوْ غَيْرَ مُحْصَنٍ
“Maka
dengan sebab itu Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Ali ibn Abi Talib, Khalid
al-Walid, Abdullah ibn al-Zubair, Abdullah ibn Abbas, Khalid ibn Zaid,
Abdullah ibn Ma’mar, al-Zuhri, Rabiah ibn Abd al-Rahman, al-Imam Malik,
Ishaq ibn Rahaweih, al-Imam Ahmad (dalam riwayat yang paling sahih
berhubung perkara ini), al-Imam al-Syafi’i (dalam salah satu
pandangannya); mereka semua menyatakan bahawa hukuman liwat lebih berat
dari zina, mereka dihukum bunuh samada telah berkahwin atau belum. (Ibn al-Qayyim, al-Jawab al-Kafi).
5. Al-Imam
Abu Daud pula meriwayatkan pandangan Abdullah ibn Abbas dengan sanad
yang sahih tentang seorang lelaki yang melakukan liwat. Kata Abu Daud:
عن ابن عباس رضي الله عنهما، في البكر يؤخذ على اللوطية، قال: يرجم
“Diriwayatkan
daripada Ibn Abbas tentang seorang yang masih belum berkahwin yang
ditangkap atas kesalahan liwat. Lalu Ibn Abbas berkata: Dia hendaklah
direjam.” (Dinilai oleh al-Albani sebagai Sanad yang Sahih – Sunan Abu Daud)
6. Dalam
sebuah riwayat yang sahih, Saidina Ubaidillah ibn Ma’mar menjelaskan
bahawa hukuman buat pelaku liwat adalah seperti hukuman zina. Ini
direkodkan oleh al-Imam Ibn Abi Syaibah yang menyebutkan:
عن عبيد الله بن عبد الله بن معمر قال: عليه الرجم، قتلة قوم لوط
“Dan
daripada Ubaidillah ibn Ma’mar, (berkenaan hukuman liwat), maka
hendaklah dia direjam seperti hukum bunuh ke atas kaum Nabi Lut.” (Musannaf Ibn Abi Syaibah)
7.
Dikalangan Imam Mazhab yang empat, Imam Malik dikatakan memiliki
pandangan yang paling keras berhubung hukuman liwat. Kata Ibn al-Qayyim:
وقد علم أن
مالكا رحمه الله تعالى من أشد الناس وأشدهم مذهبا فى هذا الباب، حتى إنه
يوجب قتل اللوطى حدا، بكرا أو ثيبا، وقوله فى ذلك هو أصح المذاهب، كما دلت
عليه النصوص، واتفق عليه أصحاب رسول الله صلى الله تعالى عليه وآله وسلم
“Telah
diketahui bahawa Imam Malik memiliki pandangan yang paling keras
dikalangan manusia dan mazhab lain, beliau mewajibkan bunuh ke atas
pelaku liwat samada yang sudah kahwin atau belum, dan pandangan beliau
ini adalah paling sahih di sisi mazhab. Ia disokong oleh nas yang banyak
dan para sahabat bersepakat dalam isu ini.
8. Terlalu
banyak riwayat yang sahih berkenaan hukuman dan larangan perlakuan
liwat ini. Apa yang cuba dilakukan oleh golongan liberal adalah
mengelirukan umat Islam dengan memberikan gambaran seolah tidak ada
hadith yang sahih dalam perkara ini. Apakah liberal sesat ini cuba
mengharuskan pula amalan liwat ini?
Semoga Allah membimbing kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan