Jumaat, 2 Ogos 2019

SPRM mula siasat Laporan Ketua Audit Negara




MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggerakkan pasukan petugas khas bagi menjalankan siasatan terhadap pendedahan Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini jika wujud unsur rasuah dan penyelewengan.

Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya berkata, pihaknya bertemu dengan Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid bagi membincangkan perkara tersebut dan pasukan petugas khas itu akan membuat siasatan terhadap kes-kes yang membabitkan unsur jenayah.

“Laporan audit ini besar dan banyak, dari situ kita akan lihat beberapa jenis masalah antaranya ketirisan, tatatertib atau mungkin kes berkaitan sistem atau prosedur tetapi ini dikendalikan oleh peringkat jabatan itu sendiri.

“SPRM akan hanya melihat kes yang melibatkan unsur jenayah rasuah…oleh itu kita perlu mengkaji semula dan mengenal pasti kes dan kes telah pun dirujuk kepada pasukan petugas yang baru,” katanya pada sidang media selepas Program “Melaka Tolak Rasuah” di Menara Taming Sari hari ini.

Latheefa berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan hal berkaitan operasi dan akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.

Tiada ulasan: