Tindakan akan diambil jika ada pihak maklumat palsu, info tak tepat
NILAI– Polis menafikan kes kehilangan remaja perempuan warga Ireland Nora
Anne Quoirin, sejak pagi semalam di resort The Dusun, merupakan satu kes
penculikan seperti dilaporkan media asing.
Ketua
Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, setakat ini
tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes masih diklasifikasikan
sebagai orang hilang.
“Kita
tidak dapat elemen dan petunjuk menyatakan adat unsur jenayah dan
sebagainya sebab itu kita masih yakin mangsa ini hilang dan kita perlu
mencarinya. Tiada unsur-unsur jenayah didapati setakat ini.
“Kita juga
percaya mangsa masih berada di kawasan sekitar sebab itu aset-aset kita
tumpukan di sini seperti Pasukan Gerakan Am, helikopter, bomba,
Angkatan Pertahanan Awam, dan Rela,” katanya kepada pemberita dalam
sidang media di sini, semalam.
Mohamad
dalam pada itu turut meminta agar sebarang maklumat yang ingin
disampaikan perlulah tepat dan tidak menokok tambah cerita berkenaan isu
kehilangan remaja ini.
“Sekiranya
mereka ada maklumat yang tepat, gunakan dengan saluran betul dan tidak
menyebarkan ke saluran tidak betul sehingga media asing memetik
kenyataan sebarangan melalui info tidak tepat.
“Kita
boleh mengambil tindakan kepada mereka kerana telah menyebar maklumat
palsu dan diharapkan kerjasama orang awam serta media supaya memberikan
maklumat yang tepat agar kita dapat menyelesaikan kes ini dengan baik,”
katanya.
Beliau
berkata, operasi malam tadi masih tetap diteruskan dan dijalankan di
sekitar jalan darat dan denai-denai di kawasan persekitaran resort itu.
“Esok kita
jangkakan akan tambah lagi keanggotaan pihak berkuasa dan membuat
pencarian semula di kawasan yang telah kita cari pada siang tadi dan
kawasan di sebelah bawah menghala ke kawasann Pantai ini,” katanya.
Semalam,
media melaporkan remaja berkenaan disedari hilang daripada bilik
penginapannya di sebuah resort di sini oleh keluarganya pada pukul 8.00
pagi.
Keluarganya juga memaklumkan bahawa remaja perempuan itu mengalami masalah pembelajaran.
Berita kehilangan remaja berkenaan turut disiarkan oleh media antarabangsa.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan