Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Jahatnya ultra kiasu tak mahu asimilasi, hanya nak cinakan orang lain
APA
pendirian Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dalam isu jawi? Senyap
seribu Bahasa. Sudahlah selama ini tidak bersuara sedikitpun ketika
Islam dicerca dan dihina. Takkan dalam isu jawi pun masih mahu
mempertahankan tulisan Cina bersama kumpulan ultra kiasu.
Apabila
MACMA dipimpin oleh kumpulan pro ultra kiasu tidak ada lagi kedengaran
suara mempertahankankan Islam, malah mereka turut bersekongkol dengan
ultra kiasu dalam proses pencinaan. Adakalanya mereka bertindak lebih
Cina daripada Cina atau lebih tanglung daripada Cina yang meraikan
tanglung.
Semua
orang tahu betapa agresifnya ultra kiasu dalam proses pencinaan. Mereka
mahu buang identiti Melayu Islam, dan kalau boleh identiti Cinalah yang
mekar di negara ini. Sebab itu, apabila ada sedikit penjawian, seperti
isu khat jawi, yang akan diperkenalkan untuk pelajar tahun 4 SK, dan
SJKC/T, mereka tentang habis-habisan. Itupun hanya 6 muka surat bukan
60. Takut sungguh Cina dan India dengan jawi.
Lebih
malang lagi, ultra kiasu tidak boleh antara belajar jawi dan khat jawi.
Belajar khat jawi terlalu sedikit berbanding dengan jawi sepenuhnya.
Dalam kata lain, proses penjawian atau Islamisasi terlalu sedikit
berbanding dengan proses pencinaan yang teramat ketara.
Mana
tidaknya, lihat sahaja papan tanda yang terdapat pada bangunan Cina
tanpa sedikitpun terjemahan seperti di bandar Sekinchan, Pulau Pinang
dan sesetengah SJKC. Kenapa kita tidak pernah bising, malah membiarkan
sehingga kaduk naik junjung.
Apakah
MACMA turut bersama ultra kiasu dalam proses pencinaan ini? Jika
begitulah keadaannya, bubarkanlah MACMA, saya rasa berdosa bersama AJK
penaja lain dahulu menubuhkan MACMA pada tahun 1994. Akronim MACMA yang
mewakili Malaysian Chinese Muslim Associaton itu, saya yang berikan
namanya, kekal hingga ke hari ini. Sebelum itu dikenali sebagai MCMA.
Bila
berlaku proses penjawian, heboh satu dunia mereka lawan. Bila berlaku
proses pencinaan, mereka senyap dan buat banyak lagi senyap-senyap. Bila
sudah tertegak, PBT tidak boleh buat apa-apa. Jika PBT robohkan, PBT
yang salah bukan ulra kiasu.
Sama juga
seperti pembinaan tugu atau patung pengkhianat komunis, Parti Komunis
Malaya (PKM) atau MPAJA (Malayan Peoples’ Anti-Japanese Army), berskala
besar, yang tersergam indah di Taman Peringatan Nilai, tepi lebuh raya
Utara Selatan berhampiran bandar Nilai. Tugu atau patung tersebut dibina
tanpa kebenaran. Tidak boleh disentuh termasuk PBT. Tugu tersebut
menjadi sembahan orang Cina dan bertafakur, menyanjungi komunis sebagai
pejuang negara.
Bekas ahli
PKM, Au Heng kong, masih hidup hingga ke hari ini, tanpa segan silu
mendesak kerajaan hari ini supaya mengiktiraf sumbangan PKM sebagai
pejuang kemerdekaan. Hujahnya, komunis menentang Jepun dan British.
Benarkah?
Sedangkan
semua orang tahu parti berhaluan kiri ini, adalah pengkhianat, tidak ada
kaitan langsung dengan pejuang kemerdekaan. Ultra kiasu terus memuja
Chin Peng, sehingga mendesak kerajaan membenarkan mayatnya dikebumi di
Sitiawan.
PKM
(MPAJA) menentang Jepun kerana permusuhan antara dua negara,
China-Jepun. Negara ini pernah berperang beberapa kali. Permusuhan
China-Jepun kekal hingga ke hari ini.
Permusuhan
yang tidak pernah kunjung padam ini digunakan kesempatan sepenuhnya
Jepun apabila menduduki Malaya. Jepun tidak memberi peluang langsung
kepada orang Cina yang ada di Malaya ketika itu.
Orang Cina
yang dijumpai akan dizalimi dan diseksa, tidak kurang yang dibunuh
tanpa cerita panjang. PKM dan orang Cina ketika itu ada pilihan lain,
melainkan terpaksa melarikan diri dan lari ke dalam hutan untuk elakkan
tindakan kejam Jepun.
Dalam
maksud, penentangan Cina terhadap Jepun bukan untuk membebaskan Malaya
ketika itu, tetapi lebih kepada permusuhan dua negara atau bangsa ini.
Sebab itu,
apabila Jepun menyerah kalah, kejahatan PKM amat menyerlah. Komunis
keluar daripada hutan untuk menguasai Malaya. PKM bertindak melakukan
huru hara.
Sasaran komunis adalah orang Melayu. Ramai orang Melayu menjadi menjadi mangsa komunis ketika itu. Nasib baiklah pihak penjajah British kembali ke Malaya, selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua.
Sebagai
ingatan, ketika Jepun menduduki Malaya, Britishlah yang paling banyak
membantu komunis untuk menentang Jepun. Namun, apabila British kembali
semula ke Malaya, British mula menyedari kejahatan dan bahayanya
komunis.
Selain
itu, kita tidak pernah dengar, komunis menentang Malayan Union yang
diperkenalkan oleh British selepas kembali semula ke Malaya.
Malayan
Union mahu menarik hak istimewa orang Melayu dan memberi taraf
kewarganegaraan secara longar kepada bukan Melayu. Persoalannya, kenapa
PKM Cina tidak menentang? Hanya orang Melayu sahaja yang menentang.
Jawapannya,
mudah, sebab Malayan Union memberikan keuntungan kepada Cina. Cina akan
mendapat kewarganegaraan dengan mudah apabila semua hak istimewa orang
Melayu dihapuskan.
Ditakdirkan
Malayan Union tidak ditentang orang Melayu sehingga berjaya
dimansuhkan, tidak mustahil bilangan orang Cina sudah melebihi bilangan
orang Melayu di Malaya. Jika begitulah keadaannya, saya pasti, tidak
mustahil PKM menguasai Malaya.
Sejarah
sebeginilah yang ahli-ahli MACMA perlu tahu, jangan hanya terlalu
kecinaan. Jika tidak tahu, mari belajar dengan saya, termasuk ahli
jawatan kuasa mereka.
Berbalik
kepada isu khat jawi, belajar khat jawi sebanyak 6 muka surat, jika
ditanya kepada saya, antara kepentingan tulisan jawi dengan tulisan
Cina, sudah tentu kita akan meletakkan kepentingan tulisan yang ada
kaitan dengan Islam di hadapan berbanding dengan tulisan yang agak
kurang berkaitan.
Jawi
adalah tulisan al-Quran. Dengan memahami jawi, boleh membantu kita
membaca al-Quran walaupun tidak sebaiknya. Tetapi sehebat atau sefasih
macam pun bahasa Cina kita, tidak mungkin kita boleh membaca al-Quran,
jika jahil jawi. Sebab itu, masih ramai ahli MACMA yang tidak boleh
membaca al-Quran. Sekadar masuk Islam pada nama sahaja. Itupun
kadang-kadang tidak ada pada nama.
Justeru,
sudah sampai masanya NGO mualaf ini memahamkan AJK dan ahlinya mengenai
fiqh awlawiyyat, fiqh berkaitan memahami keutamaan.
Saya
bimbang ada dalam kalangan ahli MACMA yang menggunakan MACMA sebagai
batu loncatan untuk mendapatkan, peluang, gelaran dan pangkat.
Ketika
saya mula-mula bersama-sama AJK penaja lain menubuhkan MACMA, kami
bekerja siang malam bagi memastikan matlamat MACMA tercapai, selain
daripada menyampaikan Islam, kami turut sama mempertahankan Islam
Setelah
sekian lama memimpin MACMA bersama rakan yang lain, maka tibanya masanya
kami mengundurkankan diri. Malang selepas itu, ia dipimpin oleh
kumpulan yang pro ultra kiasu.
Dalam isu
tulisan jawi, Menteri Pendidikan telah bersuara mempertahankan jawi,
MACMA macam mana? Apakah MACMA akan bersama-sama ultra kiasu menolak
jawi dan mempertahankan proses pencinaan ultra kiasu? Bertaubatlah
MACMA.
Jawi
adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan jawi pernah
berkembang padak zaman Kerajaan Islam Pasai. Kemudian, ia disebarkan ke
Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.
Bukti sehingga ke hari ini adalah, dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu pada 702H atau 1303M.
Tulisan
rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19, berbanding
dengan tulisan Cina yang diperkenalkan ketika berlakunya penghijrahan
orang Cina ke Malaya.
Bukti ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Cina. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penjajahan British, bukan tulisan Cina.
Tulisan
jawi sebenarnya masih digunakan dalam urusan agama Islam dan adat
istiadat Melayu hingga ke hari ini bagi negeri-negeri Johor, Kedah,
Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Memang
tidak dinafikan tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan
huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa
Melayu. Tulisan Cina datang kemudian. Orang Cina perlu sedar diri.
Antara tulisan pribumi dan tulisan pendatang ketika itu.
Pada satu
ketika dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat
Melayu. Jawi digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan
pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Jawi digunakan dalam
perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak Raja-Raja Melayu dengan
pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Jawi
terpampang dalam duit kertas, jata negara dan lain-lain. Pemasyhuran
kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain, turut ditulis dalam
tulisan Jawi. Jawi dan Melayu berpisah tiada. Kenapa ada tangan-tangan
jahat yang mahu memisahkan. Ini sudah melampau.
Nasihat
saya kepada persatuan Cina, kamu tidak akan rugi belajar. Malah, orang
Melayu akan lebih rasa hormat terhadap kamu. Maknanya, ia amat baik
untuk perpaduan negara. Malangnya, kamu terlalu ultra kiasu. Dalam
kepala kamu, hanya mahu mencinakan orang lain, langsung tidak mahu
berasimilasi walau sedikit. Jahat sungguh kamu.
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan