Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin
menyifatkan permohonan maaf Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal dalam
isu pencemaran di Pasir Gudang sudah terlambat.
“Saya percaya bahawa setidak-tidaknya kini YAB menteri besar Johor bersedia untuk berhadapan dan menguruskan perkara ini dengan cara yang lebih terbuka,” katanya.
“Sebagai ketua (kerajaan) negeri, saya dengan rendah diri memohon maaf kepada penduduk Pasir Gudang dan berjanji akan berusaha membaiki kelemahan sedia ada,” katanya dalam sesi dialog dengan orang ramai di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Dalam kenyataan hari ini, Khaled berkata permohonan maaf semata-mata tidak akan memulihkan keadaan dan menyelesaikan isu ini.
Beliau membangkitkan pelbagai persoalan, termasuk pelan dan strategi untuk menyelesaikan insiden di kawasan itu, isu pampasan dan bantuan kepada mangsa dan sama ada kilang-kilang di Pasir Gudang akan dipindahkan.
“Paling penting, bilakah kerajaan negeri akan mendedahkan nama pihak-pihak yang dituduh bertanggungjawab,” kata bekas menteri besar Johor di era BN itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan