Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau mangsa kemalangan jalan
raya di jalan susur dari pintu utama Istana Negara pagi tadi.
Menerusi video 51 saat yang dimuat naik Instagram Istana Negara, baginda yang berpakaian baju Melayu putih dan songkok hitam, menuruni kenderaan rasminya semata-mata untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar.
Baginda menuju ke arah seorang wanita berjubah hitam yang kelihatan terkejut dan tersipu-sipu dengan kehadiran baginda serta pengiringnya.
Wanita itu tersenyum sambil berbual pendek dengan baginda, seolah-olah menceritakan mengenai insiden tersebut.
Bagaimanapun, wanita tersebut tidak mengalami kecederaan serius.
Difahamkan,
baginda kemudian meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk
merasmikan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, Kuala Lumpur hari ini.
Pada 26 Jun lalu, baginda menghulurkan pertolongan kepada mangsa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke mesyuarat prakabinet bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Putrajaya.
Menerusi video 51 saat yang dimuat naik Instagram Istana Negara, baginda yang berpakaian baju Melayu putih dan songkok hitam, menuruni kenderaan rasminya semata-mata untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar.
Baginda menuju ke arah seorang wanita berjubah hitam yang kelihatan terkejut dan tersipu-sipu dengan kehadiran baginda serta pengiringnya.
Bagaimanapun, wanita tersebut tidak mengalami kecederaan serius.
Kemudian, baginda dilihat berjalan berlalu ke arah sebuah
kereta Toyota Vios kelabu yang mengalami kesan kemalangan yang agak
teruk sambil diperhatikan oleh beberapa orang yang berada di situ.
Pada 26 Jun lalu, baginda menghulurkan pertolongan kepada mangsa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke mesyuarat prakabinet bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan