Jho Low, Nik Faisal tida kembali ke Malaysia sejak keluar negara
![](https://www.ismaweb.net/wp-content/uploads/2019/04/najib3a-780x405.png)
KUALA LUMPUR
– Mahkamah Tinggi pada perbicaraan SRC International Sdn Bhd Datuk Seri
Najib Tun Razak minggu ini diberitahu bahawa keberadaan ahli perniagaan
yang menjadi buruan, Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low dan
bekas ketua pegawai eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil masih menjadi
persoalan.
Mereka
disyaki bersembunyi termasuk di Hong Kong, Macau, Thailand, Indonesia,
Myanmar dan China dan notis merah yang dikeluarkan oleh Interpol ke atas
mereka masih berkuatkuasa kerana mereka masih belum diberkas.
Ini
dipaparkan oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain semasa
perbicaraan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd
Ghazali pada 13 Ogos.
Kes pendakwaan itu hampir tamat apabila Rosli adalah saksi akhir memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
Hari 52 (13 Ogos)
Rosli
iaitu pegawai penyiasat kes berkenaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa
siasatan SPRM menunjukkan bahawa Nik Faisal meninggalkan negara ini
pada 7 Mei, 2018 menerusi tiga terminal iaitu Lapangan Terbang
Antarabangsa Subang manakala Jho Low berlepas pada 29 Mei, 2015 menerusi
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Saksi pendakwaan ke-57 berkata, usaha untuk menjejaki kedua-dua mereka di pejabat dan kediaman mereka tidak berjaya.
“Kami juga
pergi ke pejabat Nik Faisal di Shah Alam pada 21 Mei, 2018. Saya
berjumpa dengan seorang pekerja di sana dan dia memberitahu kami bahawa
Nik Faisal telah ke luar negara dan tidak pulang.
“Usaha
untuk mengesan beliau di kediamannya di Bangsar juga tidak berjaya.
Pegawai saya pergi ke rumah Jho Low di Tanjung Bungah, P. Pinang gagal
menemuinya dan usaha untuk mengesani bapanya juga sia-sia sahaja,”
katanya.
Beliau berkata, siasatan menunjukkan bahawa Nik Faisal dan Jho Low tidak kembali ke Malaysia sejak itu.
Rosli, 54,
berkata, waren tangkap ke atas Nik Faisal dan Jho Low dikeluarkan pada
22 Mei, 2018 untuk mendapatkan bantuan Interpol dalam pemburuan
kedua-dua mereka.
Interpol
juga mengeluarkan notis merah ke atas kedua-duanya pada 11 Jun, 2018 dan
ia diedarkan ke negara yang mereka disyaki bersembunyi termasuk Hong
Kong, Macau, Thailand, Indonesia, Myanmar dan China.
Beliau
berkata, pasport Malaysia Jho Low dibatalkan pada 14 Jun, 2018 manakala
pasport Nik Faisal dibatalkan pada 25 Julai, 2018.
Rosli
berkata, Jho Low juga memegang pasport St Kitts dan Nevis di Amerika
Selatan dan maklumat Interpol menunjukkan bahawa Jho Low mempunyai
status PR di sana.
Beliau juga memberi keterangan bahawa SPRM telah menemui Nik Faisal dan Jho Low, di luar negara dan merekodkan kenyataan mereka.
“Kami
merekodkan kenyataan Nik Faisal di Jakarta pada 17 Oktober, 2015 dan Jho
Low di Abu Dhabi pada 27 November tahun yang sama,” katanya ketika
membalas pertanyaan Timbalan Pendakwaraya Datuk Ishak Mohd Yusoff semasa
pemeriksaan ketua.
Selepas
mencatatkan kenyataan mereka, Rosli berkata, SPRM yakin bahawa Nik
Faisal dan Jho Low akan pulang ke Malaysia untuk memberi bukti.
Ishak: Kenapa anda tidak meletakkan mereka dalam jaminan bon? Rosli menjawab “Kerana mereka telah memberi komitmen, kami yakin mereka akan pulang ke Malaysia dan akan memberi kerjasama dalam perbicaraan itu. Itulah sebab kami tidak meletakkan mereka di bawah jaminan bon.”
Rosli memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa notis merah yang dikeluarkan oleh Interpol ke atas Jho Low dan Nik Faisal masih berkuatkuasa kerana kedua-duanya masih belum diberkas.
Beliau berkata notis merah itu dikeluarkan pada 11 Jun, 2018 oleh Interpol menerusi Biro Pusat Kebangsaan Bukit Aman (NCB), adalah untuk mengingatkan pihak berkuasa mengenai usaha untuk mencari dan menangkap mereka untuk ekstradisi bersama-sama dua lagi individu, Mohammed Redzuan Adamshah dan Toh Lian Seng.
“Konsul Besar Malaysia di Hong Kong, Datuk Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin, juga menandatangani surat permohonan itu daripada pengarah Imigresen Malaysia ketika itu untuk membatalkan pasport Jho Low.
“Tujuan surat itu adalah bagi membolehkan pihak berkuasa Hong Kong menangkap ahli perniagaan itu kerana memasuki negara berkenaan secara haram,” katanya.

Saksi itu
juga mengesahkan bahawa satu e-mel dihantar ke NCB Bukit Aman ke rakan
sejawatannya di Hong Kong meminta pihak berkuasa Hong Kong menangkap Jho
Low dan seorang lagi individu, Eric Tan Kim Loong, yang dipercayai
berada di Maggie & Rose Family Members Club di Repulse Bay.
Bagaimanapun, menurut Rosli, pihak berkuasa Hong Kong tidak menangkap mereka.
Rosli berkata, usaha untuk menjejaki Jho Low dan Nik Faisal, SPRM telah membuat pengumuman dalam media tetapi tiada tindakbalas.
Siasatan juga menunjukkan bahawa Nik Faisal dan Jho Low tidak pernah kembali ke Malaysia sejak mereka keluar kali terakhir, katanya.
Siasatan juga menunjukkan bahawa Nik Faisal dan Jho Low tidak pernah kembali ke Malaysia sejak mereka keluar kali terakhir, katanya.
Perbicaraan
telah ditangguhkan kerana bekas Perdana Menteri mendapat jangkitan di
kedua-dua matanya. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga membenarkan
permohonan ketua peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk
menangguhkan perbicaraan atas dasar perubatan dan ia tidak ditolak oleh
pihak pendakwaraya.
Muhammad
Shafee memohon penangguhan memandangkan anak guamnya diberi tiga hari
cuti sakit sehingga Jumaat. Mahkamah menetapkan Isnin (19 Ogos) untuk
pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan yang lain.
Pendakwaan sepatutnya diteruskan dengan pemeriksaan ketua Rosli pada hari ke-53 perbicaraan.
Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu kes penyalahgunaan kedudukannya dan tiga kes pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.- Bernama
Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu kes penyalahgunaan kedudukannya dan tiga kes pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan