Harga emas hari ini mencatat kenaikan paling tinggi sejak 2011 selepas mencecah AS$1,520 (RM6,355) untuk satu auns atau RM204 (kos kadar) untuk satu gram bagi emas 916.
Kenaikan ini merupakan hampir 30 peratus berbanding harga emas pada bulan Julai iaitu hanya dalam AS$1,100 (RM4,600) kepada AS$1,200 (RM5,020) untuk satu auns.
"Kita memang jangka harga emas akan naik pada bulan ini (Ogos). Tetapi, kita tidak menjangka ia akan menaik sehigga 30 peratus.
"Pakar analisis industri menjangka harga emas akan terus naik sehingga AS$1750 dalam masa terdekat," kata Abdul Rasul Abdul Razak, Presiden Persatuan Perhiasan Emas India Malaysia (MIGJA) kepada Malaysiakini.
Tambahnya, kenaikan harga emas tidak sihat untuk industri emas.
"Kami tidak gembira harga emas naik. Bukan sahaja perniagaan kami kurang lebih 30 peratus, malah, perniagaan emas kami merupakan secara pemborong.
"Jadi, keuntungan kami sangat kecil. Keuntungan kami bergantung jumlah kuantiti yang dijual setiap hari," jelasnya sambil menambah bahawa di Malaysia secara purata menjual antara 400kg hingga 1,000kg emas setiap hari.
Abdul Rasul turut memberitahu bahawa harga emas tidak boleh dipengaruhi kerana ia merupakan pasaran antarabangsa.
"Mengambil kira pengunaan mata wang, emas masih di tempat nombor satu, diikuti minyak (mentah)," katanya.
Ditanya apakah harga emas akan turun, Abdul Rasul berkata ia tidak dapat dipastikan.
"Harga emas akan turun? Ia merupakan soalan terbesar sekarang. Tidak dapat jangka. Kenaikannya seperti 'serangan mengejut'," katanya.
Pemilik kedai Abdul Razak Jewellers itu turut meminta kerajaan supaya memberi galakan kepada industri emas kerana menurutnya ia mempunyai skop besar untuk ekonomi negara.
"Dulu Malaysia merupakan pembuat barang emas paling besar di dunia. Kini, kita di nombor tiga. Saya harap kerajaan memberi perhatian sewajarnya," tambahnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan