Seorang
lelaki membawa ayam kampung yang dibeli bagi persiapan terakhir sempena
persiapan menjelang hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia
Gazette di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
KUALA LUMPUR – “Ayam segar 6.50 hingga maksimum 7 ringgit sekilo,,
mai sini abang kakak ayam kampung 8 ringgit sekilo harga hebat..nak ikan
atau sotong segar dari laut.”
Di satu lagi sudut suara penolak troli ikan pula kedengaran : “Abang
tepi..tepi sikit bagi laluan. Ikan merah besar, sotong besar, udang
harimau ada, mari pilih.”
Hari ini suasana di pasar Chow Kit lebih meriah berbanding kebiasaan
apabila orang ramai berpusu-pusu membeli keperluan untuk menyambut Hari
Raya Aidil Adha esok.
Warga kota sudah mula turun ke pasar untuk membeli barang masakan
sehingga suasana pasar pada pagi bertambah sesak dan sibuk dengan suara
tawar menawar sambil memilih ‘tangkapan masing’. Pengunjung,
Ahmad Dahmanhuri Yeop Saidin, 54, bercakapsempena persiapan menjelang
hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja
Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Rata rata beberapa pembeli di Pasar Chow Kit mengakui harga daging
dan ayam serta sumber protein lain seperti ikan beraneka pilihan dijual
dengan harga memuaskan.
“Berbanding pasar raya besar dan kedai runcit, ternyata Pasar Chow
Kit memang murah sejak dahulu lagi apatah lagi menjelang musim Hari Raya
Aidiladha esok.
“Saya setiap minggu datang membeli belah barang basah khususnya ayam
kampung dan daging yang bukan sahaja ada pilihan tetapi dagingnya juga
segar dan puas hati dengan harga pun yang tidak mencekik darah.
“Manakala ikan kembung gred A pun tidaklah mahal sangat, sama pada
hari hari biasa lain. Kalau di luar belum pasti ia segar seperti di
sini,” kata Ahmad Damanhuri Yeop Saidin kepada MalaysiaGazette di sini. Pengunjung,
Adenan Hashim, 55, bercakap sempena persiapan menjelang hari raya
Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot, Chow
Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Adnan Hashim, 55 pengusaha bengkel Kereta dari di Setapak Jaya pula
berkata, ayam kampung khususnya begitu banyak dibeli dan begitu juga
daging yang harganya memuaskan sekitar RM20 sekilogram sahaja.
“Ayam kampung pun selalunya ramai suka beli di sini kerana murah
sekitar RM8 sekilo berbanding di luar ada sekilo cecah sehingga RM12
hingga RM13 sekilo.
“Hari ini pun saya tinjau harga ayam kampung RM8 dengan ayam segar
murah RM6.50 sekilo, tapi saya memilih daging tempatan untuk masak
rendang kali ini sebab hari istimewa kan,” katanya. Pengunjung,
Kalesom Che Ali, 60, bercakap sempena persiapan menjelang hari raya
Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot, Chow
Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Seorang suri rumah warga emas, Kelesom Che Ali, 60, dari Keramat pula
berkata, Pasar Chow Kit dan pasar raya Rosyam Nor dua premis yang
menjadi pilihannya untuk mendapatkan daging dan ayam segar selain sumber
laut lain seperti ikan kembung, sotong dan sebagainya.
“Kalau nak beli ayam saya pergi tinjau di pasar Rosyam dulu kalau
tiada pilihan di sana barulah saya datang ke Chow Kit dan menjelang
Aidiladha esok, harga sini boleh tahan juga dan harga pun tak banyak
beza dengan pasar raya Rosham.. banyak pilihan baik daging mahupun
sayur-sayuran,” katanya. Pengunjung,
Mohamad Azmeer Firdaus, 37, bercakap sempena persiapan menjelang hari
raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot,
Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Mohamad Azmeer Firdaus, 37, peniaga restoran makanan pula mengakui
harga barang basah dan sayur yang sentiasa menjadi rungutan orang ramai
pada setiap musim perayaan tidak timbul kali ini.
“Oleh kerana setiap hari saya datang membeli barang sayur, daging
serta ayam segar di Chow Kit ini, harga tidak mahal setakat ini, murah
berbanding premis lain di luar.
‘Pasar Raja Bot memang murah dan daging, ikan, sotong atau ayam
kampung sememangnya segar dan ada banyak pilihan untuk kita,” katanya. Pengunjung,
Raudatul Musrifah Ahmad Holil,27, bercakap sempena persiapan menjelang
hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja
Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Bagai jurujual swasta Raudatul Musfirah Ahmad Holil, 27, dari Sungai
Besi pula menyatakan harga ayam kampung mahupun ayam segar tidak
mengejutkan dengan kenaikan seperti sebelum ini.
“Saya lihat di beberapa kedai tadi minimum dijual dari harga RM6.50
sekilo hingga RM7 ringgit dan jika dikira seekor sekitar RM13 juga tapi
dagingnya segar,” ujarnya.
Peniaga ikan, ayam dan daging juga nampaknya tidak berdepan masalah
dengan permintaan agak tinggi untuk daging hari ini bersempena
Aidiladha.
Edy Syahputra Saffarrudin, 45 berkata, kali ini ikan sardin, kembung
hitam dijual RM10 sekilo manakala ikan tongkol putih RM7 sekilo dan
sotong besar RM12 sekilo serta sotong saiz sederhana berharga RM8
sekilo. Peniaga,
Edy Syahputra Safaruddin, 45, bercakap sempena persiapan menjelang hari
raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja
Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,
“Kami tidak ada tekanan daripada pembekal mahupun pemborong yang kami
berurusan untuk mendapatkan bekalan harian sumber protein yang menjadi
pilihan harian orang ramai,” ujar beliau.
Seorang lagi peniaga ikan dan daging ayam kampung, Shahrul Ashraf
Mohd Saman, 23 dari Gombak yang membantu rakannya menjual daging ayam
kampung berkata, ayam kampung dan daging lembut begitu panas dijual. Peniaga,
Shahrul Ashraf Mohd Saman, 23, bercakap sempena persiapan menjelang
hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja
Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,
“Abang bayangkan kami hari ini niaga 150 sehingga 200 ekor ayam
kampung tapi semuanya habis dijual begitu cepat, sebab mungkin harga
dijual, kini cuma ada ayam segar sahaja sekilo RM8.
“Daging segar pula kami jual yang diimport dan sekilo sekitar RM20
untuk daging biasa manakala daging lembut RM21 sekilo,” tegasnya sambil
menjangkakan keadaan akan sesak menjelang lewat petang dan malam ini. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan