fazleen safina
Ibu bapa remaja Ireland hargai usaha kerajaan, polis Malaysia
BANGI
– Bedah siasat kali kedua berkemungkinan akan dilakukan ke atas mayat
remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemukan mati pada Selasa,
selepas dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.
Memetik laporan portal Daily Mirror, ibu bapa Nora Anne berkemungkinan meminta bedah siasat kali kedua dilakukan ke atas mayat anak mereka.
Portal berkenaan yang memetik sumber sebagai berkata, mereka mungkin akan meminta bedah siasat itu dijalankan di Britain atau Perancis, di mana siasatan polis berhubung berkenaan masih berjalan.
Memetik laporan portal Daily Mirror, ibu bapa Nora Anne berkemungkinan meminta bedah siasat kali kedua dilakukan ke atas mayat anak mereka.
Portal berkenaan yang memetik sumber sebagai berkata, mereka mungkin akan meminta bedah siasat itu dijalankan di Britain atau Perancis, di mana siasatan polis berhubung berkenaan masih berjalan.
Katanya, Maebh Jaseprine Quoirin, 45 dan Sebastian Marie Philipe, 47, sedang membincangkan perkara itu bagi memastikan ahli patologi tidak terlepas sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kematian Nora Anne.
“Mereka sedang membincangkan dan sedang menunggu laporan DNA, sel stem dan toksikologi sebelum membuat keputusan,” kata sumber itu.
Pada masa sama, Maebh berkata, dia menghargai usaha kerajaan Malaysia, pasukan polis dan penduduk tempatan dalam usaha mencari Nora Anne, tetapi masih memerlukan maklumat yang lebih jelas bagi mengetahui punca sebenar kematian anak mereka.
“Seperti yang kita ketahui, keputusan post mortem mendapati bahawa Nora mati akibat kebocoran usus kerana kebuluran di luar sana, tetapi kami masih sukar menerima dan mahu lebih memahami cara kematiannya.
“Kami juga berharap akan jumpa lebih banyak lagi jawapan kepada persoalan kami pada masa akan datang,” kata Maebh.
Remaja Perancis-Ireland itu ditemui mati pada Selasa, setelah dilaporkan hilang pada 4 Ogos selepas dia dan keluarganya mendaftar masuk ke sebuah eko-resort berhampiran Seremban sehari sebelum itu, untuk bercuti dua minggu di Malaysia.
Hasil bedah siasat mendapati Nora Anne telah meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai akibat kebocoran usus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan