Kenyataan ahli perniagaan satu penghinaan kepada anggota tentera
KLANG– Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman
Huri bersama beberapa wakil NGO yang lain membuat laporan polis di
pejabat polis daerah Klang Selatan terhadap ahli perniagaan, Koon Yew Yi
yang mengeluarkan kenyataan menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Bercakap kepeda pemberita seleaps membuat
laporan itu, Azmizam mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas
terhadap Koon atas perbuatannya yang biadap itu.
Katanya, kenyataan Koon itu adalah satu
penghinaan terhadap Komander Tertinggi ATM disaat negara sedang bersiap
untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 pada tahun ini.
“Saya mendesak pihak berkuasa mengambil
tindakan sewajarnya ke atas ahli perniagaan ini agar ia tidak berulang
dan menjadi pengajaran mana-mana pihak tanpa mengira kaum dan latar
belakang supaya tidak menghina anggota keselamatan yang lain.”
Tambahnya, keamanan yang dicapai rakyat
Malaysia adalah hasil usaha dan pengorbanan anggota tentera dalam
memastikan keselamatan negara terjamin.
Antara NGO yang turut serta ialah
Persatuan Bekas Polis Malaysia Klang (PBPM), Ikatan Kasih Kominiti Pulau
Indah, Persatuan Gabungan Tindakan Alaf Baru Malaysia (Millenium Action
Team) dan Komuniti Harapan Malaysia. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan