Balik Pulau dan Sungai Petani catat bacaan IPU tertinggi: JAS
KUALA LUMPUR– Keadaan jerebu di seluruh negara mencatatkan bacaan indeks pencemaran
udara (IPU) bawah 100 yang menunjukkan dalam kedudukan paras sederhana
setakat pukul 6.00 petang.
Menurut
portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi dicatatkan di
Balik Pulau, Pulau Pinang (88) diikuti Sungai Petani, Kedah (84).
Turut mencatatkan bacaan tertinggi ialah Seberang Jaya (82), Minden (82), Seberang Perai (83) dan Johan Setia Klang (83).
Majoriti semua kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala hanya Tawau, Sabah mencatatkan IPU paras baik dengan bacaan 48.
IPU antara
0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200
(tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan lebih 301
(berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan