Oleh Athirah Huda Zalhe
Tuduh penyatuan umat Islam Taliban hanya propaganda murahan DAP
BANGI – Rakyat Malaysia lebih takut dengan ancaman pemerintahan ala komunis China berbanding Taliban.
Demikian
bidas Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd
Rahman terhadap kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming
yang tidak senang dengan kerjasama baharu antara PAS dan UMNO, baru-baru
ini.
Pemimpin
parti tamak haloba DAP itu dilaporkan berkata, kerjasama kedua-dua parti
berkenaan akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi
seperti Afghanistan yang diperintah Taliban jika PAS dan UMNO berjaya
membentuk kerajaan.
Membidas
kenyataan Pengerusi DAP Perak itu, Abdullah Zaik menyifatkan Kor Ming
gagal memahami suara hati rakyat Malaysia yang sebenar, terutama sesudah
berada di posisi kerajaan.
“Rakyat
Malaysia sebenarnya dibayangi kekerasan pemerintahan komunis China
seperti yang berlaku kepada etnik Uyghur, jika terus berada di bawah
pemerintahan yang didominasi DAP.
“Di bawah
pemerintahan komunis China, orang Islam dibunuh dan dipaksa meninggalkan
agama Islam seperti yang dilaporkan akhbar. Bahkan, mereka dipaksa
makan babi, dilarang berpuasa pada bulan Ramadan dan sebagainya,”
katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Abdullah Zaik berkata, sejak perubahan tampuk pemerintahan negara, fenomena permusuhan terhadap Islam dan orang Islam tidak dapat disembunyikan, malah sedang berlaku di Malaysia.
Abdullah Zaik berkata, sejak perubahan tampuk pemerintahan negara, fenomena permusuhan terhadap Islam dan orang Islam tidak dapat disembunyikan, malah sedang berlaku di Malaysia.
“Ini membuatkan mereka berfikir mungkinkah umat Islam di Malaysia akan menerima nasib yang sama jika terus diperintah oleh DAP.
“Tiada
bayang Taliban di Malaysia. Taliban hanya hantu buatan Amerika di
Afghanistan tidak akan muncul di Malaysia. Membayangkan penyatuan umat
Islam sebagai Taliban hanya propaganda murahan pemimpin DAP,” katanya.
Beliau
berkata, sebagai pemerintah, DAP sepatutnya bersikap menenangkan
keadaan, bukan bertindak sebaliknya dengan menyemarakkan ketegangan
menerusi kenyataan yang provokatif dan tidak bertanggungjawab.
Sebelum
ini, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut
mencetuskan kemarahan umat Islam apabila menuduh kerjasama PAS-UMNO
sebagai ‘pengisytiharan perang’ kepada orang bukan Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan