OLEH NAZLI IBRAHIM
SUNGAI
BULOH: Ribut yang melanda di beberapa kawasan di Paya Jaras,
petang semalam disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah yang
mengakibatkan kerosakan 300 buah rumah dan 35 pokok tumbang.
Ahli
Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun sedih
tetapi beliau bersyukur ekoran tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
“Saya
sudah meminta bantuan daripada pelbagai agensi, semalam dan bersama
pegawai turun ke kawasan ditimpa bencana dalam operasi bantuan yang
tertumpu kepada kejadian pokok besar tumbang menimpa rumah penduduk.
“Operasi
bantuan yang dilancarkan serta merta itu disertai Unit Bencana Pejabat
Daerah Petaling, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Kerja Raya,
Tenaga Nasional Berhad, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Pasukan
Bomba Sukarelawan Saujana Utama, Pasukan Bomba Sukarelawan Kepong dan
penduduk kampung,” katanya kepada SelangorKini..
Mohd Khairuddin
berkata, operasi itu masih diteruskan hari ini dengan kerja mengutip
semua potongan pokok yang dialihkan malam tadi oleh MBSA.
Beliau berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan bersama Pejabat Daerah Petaling kepada mangsa yang terjejas.
“Pegawai
Daerah Petaling, Datin Paduka Roslinah Md Jani menyatakan komitmen
untuk membantu mengurangkan beban mangsa dalam masa terdekat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan