KUALA
LUMPUR – Status penyiasatan operasi ‘Gopi’ yang merupakan orang tengah
antara tauke judi dengan pegawai kerajaan sebelum ini masih lagi
samar-samar walaupun sudah hampir setahun dilakukan.
Masih
timbul persoalan apa terjadi dengan Gopinathan Krishnan atau lebih
dikenali ‘Gopi’ yang sebelum ini ditahan kerana dipercayai menjadi orang
tengah di antara pihak berkuasa dengan sindiket judi.
Lelaki
ini didakwa membantu mewujudkan sebuah konsortium bagi mengumpul dana
dalam kalangan operator judi, khusus untuk tujuan pengagihan wang rasuah
kepada pegawai penguatkuasa.
Menurut
Timbalan Menteri Dalam negeri (KDN), Datuk Mohd Azis Jamman, beliau
tidak dapat mendedahkan status penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) sebaliknya agensi itu lebih layak mengulas
tentang perkara tersebut.
“Operasi
Gopi ini sebenarnya dijalankan oleh SPRM tahun lepas dengan dakwaan
keterlibatan anggota polis dalam kegiatan perjudian haram serta
pelacuran. Induvidu bernama Gopi ini dikatakan dalang sindiket ini.
“Dalam
serbuan ketika itu, seramai 12 suspek telah ditahan oleh SPRM yang
sebahagian besarnya adalah pegawai polis. Sehingga kini, pihak KDN masih
lagi menunggu lagi status berhubung siasatan itu,” katanya di Dewan
Rakyat sebentar tadi.
Beliau
mengulas pertanyaan Ahli Parlimen Kota Melaka (PH), Khoo Poay Tiong
yang mahu tahu tentang status dan hasil laporan siasatan kes Gopi itu
terutamanya tentang kedudukan anggota polis serta pegawai kerajaan dalam
melindungi aktiviti haram seperti perjudian.
Dalam
pada itu, jelas Mohd Azis, pihaknya tidak akan berkompromi dengan
mana-mana anggota dan pegawai polis yang bersekongkol dengan sindiket
judi haram.
Malah
beliau turut memberi amaran kepada semua anggota dan pegawai agensi
penguatkuasa lain yang turut terbabit dalam usaha membanteras kegiatan
judi haram di negara ini.
September lepas, SPRM melakukan operasi membanteras perjudian haram secara besar-besaran sehingga tertangkapnya Gopi yang dikatakan
mempunyai ‘kuasa luar biasa’ menukarkan pegawai kanan termasuk Ketua
Polis daerah yang enggan bekerjasama dalam melindungi sindiket judi
haram.
Media
turut melaporkan Gopi berupaya berbuat demikian kerana mempunyai
hubungan rapat dengan pengurusan kanan pasukan penguat kuasa.
Sindiket
dikatakan sanggup mengeluarkan modal antara RM10 juta hingga RM15 juta
sebulan bagi tujuan memberi rasuah kepada anggota-anggota agensi
penguatkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) demi memastikan
kegiatan haram mereka tidak diganggu.
Terdapat
dakwaan dalam beberapa tindakan oleh pihak berkuasa ke atas pengusaha
pusat hiburan menemukan senarai pembayaran kepada anggota berkenaan
secara bulanan dari peringkat bawahan termasuk bayaran penyelesaian bil
hiburan, minuman keras serta gadis penghibur yang mencecah ribuan
ringgit. –MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan