Gambar tersebut, memaparkan landskap Kuala Lumpur pada halaman 17 manifesto itu yang antara lainnya cuma menunjukkan Menara Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, mata tajam warga maya dapat mengesan bayang-bayang menara berkembar itu masih terlihat di tasik.
Halaman Facebook "Najib Razak Must Go" menggambarkan hal ini sebagai 'kegagalan epik teknik photoshop oleh BN'.
Bayang-bayang warisan Dr Mahathir
"Mereka cuba membuang KLCC kerana ia warisan (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad. Tetapi mereka lupa bayang-bayang KLCC masih ternampak di tasik!"
Menara berkembar pencakar langit 88 tingkat itu dikenali di seluruh dunia sebagai mercu tanda Malaysia. Ia dilihat ramai sebagai gagasan Dr Mahathir.
Manakala itu, seorang pengguna Facebook Warren Loo juga membuat hantaran di media sosial berhubung hal tersebut.
"Jika seseorang dengan sengaja boleh menghilangkan gambar Menara Berkembar Petronas daripada muka surat 17 manifesto BN kerana mereka fikir pengundi itu bodoh, anda juga akan tertanya-tanya apa lagi yang boleh dilakukan operator politik ini.
"Menara Berkembar Petronas telah diolah untuk dialih keluar menggunakan perisian photoshop dengan arahan yang diberikan oleh seseorang. Anda fikir siapa."
Pemilik akaun Twitter, The Mamu juga maklum gambar KLCC mungkin dihilangkan kerana ia warisan Mahathir.
"Tetapi bayang-bayangnya masih kelihatan di atas tasik. Beginilah Mahathir menghantui Najib dan Umno/BN."
Sementara itu, Mahathir membuat hantaran semula Twitter ciapan pemuzik antarabangsa DJ Zedd yang bergambar di hadapan KLCC. Zedd (gambar, atas) berada di Kuala Lumpur dalam siri jelajah Asia Club Tour.
"Gambar KLCC yang mengkagumkan. Rakyat Malaysia sentiasa berbangga dengan KLCC. Ia mercu tanda negara kita," kata Mahathir dalam kapsyen yang disertai bersama hantaran Twitter itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan