Sabtu, 7 April 2018

DUN Kelantan, Pahang bubar hari ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan berkuat kuasa hari ini setelah mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra.
 
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
“Saya mengisytiharkan DUN Kelantan dibubarkan secara rasmi hari ini setelah mendapat perkenan Pemangku Raja malam tadi.
 
“Kita kembalikan semula kuasa kepada seluruh rakyat untuk memilih kerajaan selepas ini,” katanya.
 
Sementara itu di Pahang pula, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan pembubaran DUN Pahang berkuat kuasa hari ini.
 
Baginda mengisytiharkan pembubaran itu pada pukul 12.30 tengah hari selepas menerima watikah daripada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
 
Adnan menyerahkan watikah pengisytiharan DUN bagi memohon perkenan baginda selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini.
 
 
 

Tiada ulasan: