BANGI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan kembali wang rasuah berjumlah RM21.43 juta pada tahun ini.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, wang yang diperoleh lebih banyak dari tahun sebelum ini.
Katanya, kenaikan itu adalah sebanyak 400 peratus berbanding tahun lepas.
“Jumlah wang rasuah yang dirampas dan diperoleh semula amat mendadak,” katanya seperti lapor portal media online.
Rampasan SPRM pada tahun lalu bernilai RM4.95 juta, manakala pada 2015 pula bernilai RM3.94 juta.
Jelas
Dzulkifli, rampasan wang rasuah itu juga adalah hasil badan-badan lain
termasuk Bank Negara serta kejayaan mematahkan banyak kes berprofil
tinggi dan kes tumpuan awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan