Khamis, 5 Oktober 2017

Polis siasat gimik Jamal bantah pesta arak

ISMA WEB



BANGI – Polis akan menyiasat laporan berhubung gimik yang dilakukan Datuk Seri Jamal Md Yunos apabila memecahkan lebih 100 botol arak di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, hari ini.

Mengesahkan menerima laporan berhubung insiden itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya akan membuat siasatan lanjut.

“Kita jalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pagi tadi, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia itu dilaporkan membuang kotak berisi minuman keras di pintu pagar bangunan SUK sebelum memecahkan lebih 100 botol arak berkenaan menggunakan tukul besi.

Tindakan itu didakwanya sebagai membantah sebarang penganjuran pesta arak besar-besaran secara terbuka di negeri ini.


Tiada ulasan: