Sabtu, 7 Oktober 2017

Pakatan Harapan : Yes to Beer, No to RUU355 !






-Apabila Pakatan Harapan dipimpin DAP, ia telah menyongsangkan kehendak majoriti rakyat di Malaysia dengan menyokong pesta arak dan menolak Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (RUU Akta 355).

Pesta Arak direstui Lim Kit Siang, dalam masa sama penasihat DAP itu menolak RUU 355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Terdapat sesuatu yang serius dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP apabila mereka mahu rakyat Malaysia dan terutama orang Melayu menerima Pesta Arak, tetapi menolak RUU355, usul persendirian yang dikemukakan Presiden PAS, Hadi Awang.

“Jelas inilah jenis liberalisme yang dikehendaki oleh Lim Kit Siang untuk Malaysia. Salah satu maksiat digalakkan manakala idea untuk mengukuhkan undang-undang untuk umat Islam tidak disokong,” ulas The Malaysian Observer blog.

Menurut blog itu, Kit Siang seorang politikus pembangkang yang hipokrit apabila campur tangan dalam RUU 355, walaupun tidak ada kaitan dengan bukan Islam, namun dalam masa sama melarang umat Islam untuk campur tangan urusan Pesta Arak dengan alasan hanya untuk bukan Islam.

“Lim Kit Siang dan mereka yang sealiran dengan pemikirannya telah berkempen kepada orang bukan Islam untuk mempercayai bahawa RUU355 akan menghalang mereka untuk minum arak, berjudi dan lain-lain perbuatan maksiat haram yang dianggapnya suci atas nama kebebasan pilihan.

“(Namun), Lim Kit Siang dan pembangkangnya yang diketuai oleh DAP mengatakan bahawa orang Islam tidak perlu mengulas mengenai Pesta Arak kerana ia tidak ada hubungannya dengan mereka.”

Tiada ulasan: