Khamis, 5 Oktober 2017

Bekas Timbalan Ketua Pengarah JPJ diperintah bela diri

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob diarah membela diri, ekoran memandu di lorong kecemasan, tahun lalu.
 
Mahkamah Majistret memerintahkan Yusoff membela diri hari ini.
 
Majistret Muhammad Zaki Abd. Kudos memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
 
Beliau yang dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) didakwa menggunakan lorong kecemasan ketika memandu kenderaan jabatan bernombor pendaftaran BLY 68 di Lingkaran Putrajaya pada pukul 6.27 petang, 7 Oktober tahun lalu.
 
Kaedah 53(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959 melarang kenderaan dipandu, ditolak atau diletak di lorong kecemasan namun terdapat pengecualian bagi kenderaan polis, kastam, penjara dan ambulans.
 
Mahkamah pernah diberitahu, keterangan menunjukkan gambar yang dirakam oleh pihak penguat kuasa ketika operasi aduan bergambar mendapati kenderaan Inspira hitam bernombor pendaftaran BLY 68 itu didaftarkan atas nama beliau

Tiada ulasan: