KOTA BHARU: Pengundi di Kota Bharu akan menolak DAP yang dikatakan
bakal bertanding di kerusi Parlimen tersebut dan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kota Lama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Keyakinan itu disuarakan Ahli Parlimennya, Datuk Takiyuddin Hassan
sambil menambah, pihaknya melihat sokongan pengundi khususnya bukan
Islam terhadap PAS dan kerajaan negeri masih kukuh.
“Bagi saya, mana-mana parti bebas untuk bertanding di mana-mana kerusi
termasuklah Kota Bharu. Tetapi melihat kepada sokongan bukan Melayu,
mereka (DAP) tidak ada peluang,” katanya dipetik Utusan Online.
Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Wan
Rahim Wan Abdullah memaklumkan bahawa DAP telah memohon untuk bertanding
khususnya di kerusi DUN.
Difahamkan DAP mungkin akan bertanding di kerusi DUN Kota Lama, Kota Bharu dan DUN Galas, Gua Musang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan