Jumaat, 25 Ogos 2017

'Mungkin ada kereta baru nasional jika HARAPAN menang'








Beliau menjawab soalan seorang hadirin tentang sama ada beliau akan mengambil balik 49.9 peratus pegangan saham Proton yang dijual kepada Zhejiang Geely Holding Group China jika Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Proton dilhamkan oleh Mahathir semasa pentadbirannya selama 22 tahun, dan beliau sebelum ini mengkritik penjualan itu kepada Geely itu.

Manakala kerajaan berkata langkah itu perlu sebagai satu cara untuk memulihkan Proton.

Mahathir juga mempertahankan Proton semasa forum itu, dengan mengatakan bahawa beliau sedih dengan apa yang berlaku kepada syarikat tersebut.

"Kereta Proton di pasaran hari ini mempunyai semua ciri kereta yang datang dari negara lain.

"Satu-satunya perkara yang tidak ada ialah ia tidak mematuhi (piawaian) Euro 5 atau Euro 6, yang mana kita boleh jika kita bersedia membayar harganya," kata Mahathir.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: