KUALA TERENGGANU
– Sebanyak 67 keping bingkai hiasan ayat-ayat al-Quran yang mengandungi
pelbagai kesalahan bernilai kira-kira RM20,000 dirampas oleh
Kementerian Dalam Negeri Terengganu dalam satu operasi yang dijalankan
hari ini.
Ketua
Penolong Setiausaha Unit Operasi dan Kawalan Bahagian Kawalan Penerbitan
dan Teks al-Quran Ibu Pejabat Putrajaya, Shamsinar Mohd Jaafar berkata,
operasi berkenaan disertai 24 pegawai dan anggota penguatkuasa dari
Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, polis dan Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).
Katanya,
pemeriksaan di 11 premis jualan di sekitar bandar raya ini bertujuan
untuk mengesan bingkai hiasan terbabit yang mengandungi kesalahan ayat
al-Quran dan melanggar garis panduan ditetapkan.
“Antara
kesalahan dikenal pasti ialah ayat yang ditulis bercampur dengan ayat
lain, kesalahan pada penandaan ayat, ayat yang tidak jelas dan kalimah
yang dicetak secara berulang.
“Pemerhatian
di sebahagian premis kedai yang dikunjungi terbabit juga mendapati
bingkai hiasan ayat al-Quran berkenaan diletakkan di atas lantai dan ia
menyalahi garis panduan ditetapkan KDN,” katanya kepada pemberita, hari
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan