Khamis, 6 Julai 2017

Tips mudah jadi proaktif

Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
 


1. Positif: Sentiasa yakin, tabah dan berpandangan jauh. Lihat masalah sebagai peluang meningkatkan diri. Terima tohmahan sebagai maklumbalas membina. Urus persaingan sebagai cabaran untuk maju

2. Rekod Aktiviti: Pastikan anda memiliki buku nota yang dibawa ke mana-mana. Catat semua temujanji, data kenalan, perancangan strategi, perkongsian pengalaman, ringkasan buku yang dibaca serta semua idea yang terlintas di kepala. Kadangkala ia datang cuma sekali!

3. Olah Rutin Hidup: Pelbagaikan warna-warni hidup anda. Jangan pernah merasa selesa. Ubah rutin, tambah elemen produktif, buang sifat negatif. Jumpa manusia yang pelbagai, supaya anda kenal siapa boleh jadi kawan. Teroka peluang yang melambai, supaya anda tahu potensi dan kemampuan

4. Abaikan Musuh: Beraksi di padang sendiri, jangan terikut-ikut permainan musuh yang akan menyimpangkan atau melalaikan anda dari objektif kemenangan. Mereka tidak penting, bukan guru anda serta bukan juga Tuhan yang menilai prestasi

5. Kurangkan Tidur: Dapatkan kehidupan yang lebih lama dengan tidur yang minima. Anda boleh buat lebih banyak aktiviti, anda boleh lebih dekat dengan Ilahi (dengan tahajud). Utamakan kualiti tidur dari kuantiti

6. Tambah Kemahiran: Sentiasa pelajari kemahiran baru, bahasa asing, kebolehan unik, terlibat sukan yang belum pernah dimain atau lawati negara orang lain. Jadi individu serba boleh. Sentiasa jadi dahaga, anda akan terus bertenaga dan kekal muda

7. Ingat Nama: Pelajari teknik untuk mengingat nama orang lain dengan mudah dan berkekalan. Ia merupakan pintu masuk pertama untuk memenangi hati dan mempengaruhi

8. Fleksible: Biasakan hidup sederhana, lasak dan anjal. Kurangkan komitmen, hutang serta ikatan emosi. Biasakan diri berkorban, latih ahli keluarga ikut rentak yang sama.

*Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad,Ketua Biro Luar Negara & Biro Latihan Kepimpinan

Tiada ulasan: