Jika, Ketua Pengarah Badan Propaganda Kerajaan JASA, Mohd Puad Zarkashi begitu yakin bahawa tiada salah laku di dalam 1MDB, PAS mencabarnya untuk mendesak kerajaan untuk mendedahkan laporan audit 1MDB untuk dibandingkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mencabar Kerajaan Pusat untuk mendedahkan laporan audit 1MDB untuk untuk dibandingkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
“Apakah komen dan kesimpulan utama yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai audit 1MDB? Apakah laporan audit itu berjaya disiapkan dengan semua dokumen yang lengkap?
Apakah setiap transaksi kewangan 1MDB ke luar negara dapat diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dengan pernyataan-pernyataan bank antarabangsa yang melibatkan 1MDB? Apakah PAC dapat menemuramah Jho Low sebelum menyiapkan laporan?” soal beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah Badan Propaganda Kerajaan JASA, Mohd Puad Zarkashi yang berkata tidak salah laku di dalam 1MDB.
“Jika, Puad begitu yakin bahawa tiada salah laku di dalam 1MDB, PAS mencabarnya untuk mendesak kerajaan untuk mendedahkan laporan audit 1MDB untuk dibandingkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan biar rakyat menilai sendiri,” tegas Tuan Ibrahim.
Tambahnya, mengapa sehingga kini kerajaan Malaysia dan PM (Najib Razak) sendiri tidak memfailkan saman terhadap Sarawak Report mahupun Wall Street Journal atas fitnah-fitnah terhadap 1MDB sekiranya ia betul fitnah.
“Semua persoalan di atas adalah pertanyaan biasa yang menjadi persoalan dalam kalangan rakyat.”
“PAS tidak berhasrat untuk menuduh sesiapa terlibat, kerana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan ianya bersalah. Maka jawapan bagi persoalan di atas akan menjernihkan keadaan dan kecelaruan umum,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan