Kakitangan dan pesakit di sebuah bangunan Hospital Tanjung Karang pagi ini dipindahkan selepas satu kipas berdiri di salah sebuah bilik pengasingan hospital tersebut, terbakar.
Kebakaran itu tidak merebak, demikian disahkan oleh ketua Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang, Azmi Abbas.
Berdasarkan penemuan awal, katanya, kebakaran berlaku kerana masalah dengan motor kipas tersebut.
Tetapi api tidak melibatkan struktur bangunan, katanya kepada Malaysiakini.
Azmi berkata kebakaran itu telah dipadamkan ketika pasukan bomba dan penyelamat tiba dua minit selepas menerima panggilan pada pukul 7.18 pagi.
Katanya, terdapat tindakan segera oleh kakitangan hospital itu sendiri, yang menggunakan alat pemadam api untuk memadamkannya.
Walaupun api telah dipadamkan, kakitangan dan pesakit di wad tersebut dipindahkan mengikut prosedur biasa, kata Azmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan