Khamis, 6 Julai 2017

Satelit rakam rekahan bongkah ais terbesar dunia

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PARIS: Imej satelit semalam mendedahkan gambar bongkah ais yang mempunyai saiz lebih besar daripada Delaware di Amerika Syarikat mulai merekah di Antartik Barat.
 
Agensi Angkasa Eropah (ESA) memaklumkan, bongkah berkenaan dari kawasan Larsen C, salah satu bongkah ais terbesar yang pernah dicatatkan dalam sejarah dijangka akan hanyut sekitar 6,600 kilometer persegi.
 
Kedalaman bongkah itu di bawah paras laut mencapai 210 meter atau 60 tingkat.
 
"Rekahan ais itu kini berukuran 200 kilometer panjang dan hanya lima kilometer antara hujung rekahan dengan lautan," ujar ESA dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: