SIBU: Sarawak hantar
sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung
Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) bagi menentukan hak-hak sebenar negeri
ini yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.
Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari
Tun Openg berkata, pasukan peguam berkenaan diketuai Menteri Muda
Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek,
Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
“Memang kita teruskan usaha Tok Nan
(bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem) untuk medapatkan
hak kita yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia. Sebab itu kita hantar
Sharifah Hasidah dan kumpulan peguam ke London untuk melihat dan
mencari rujukan,” katanya.
Abang Johari bagaimanapun tidak menyatakan bila dan tempoh masa pasukan berkenaan berada di London.
“Perjanjian ini bukan sebarang
perjanjian, kita mahu dapat fakta-fakta yang betul. Sebab apabila kita
hendak menuntut hak, kita mesti buat ‘homework’, kalau tidak, kita
tembak (tuntut) sebarangan, susah,” jelas beliau.
Pada masa sama, kajian yang betul perlu dibuat dan melihat mana-mana peruntukan yang harus dipertahankan, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan