PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia
akan memastikan kadar pengangguran di Malaysia tidak meningkat sehingga
mencecah empat peratus, kata Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem.
Menurutnya, kadar pengangguran negara pada masa ini ialah 3.5 peratus, meningkat daripada 3.4 peratus pada tahun lepas.
“Kementerian Sumber Manusia akan pastikan kadar pengangguran tidak terus meningkat.
“Ini kerana negara yang mempunyai kadar
pengangguran empat peratus ke bawah dianggap sebagai full employment
(guna tenaga penuh),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
seminar Maklumat Pasaran Buruh: Tren dan Cabaran serta projek Gudang
Data Maklumat Pasaran Buruh (LMIDW) di sini hari ini.
LMIDW merupakan pangkalan data berpusat
bagi maklumat pasaran buruh. Ia yang menyokong era Analitik Data Besar
(BDA) merangkumi pelbagai maklumat berkaitan petunjuk pasaran buruh
merentasi pelbagai kementerian dan agensi.
Kategori data yang terkandung dalam
LMIDW termasuklah pengesanan graduan, majikan, kekosongan jawatan, data
orang kompeten dan kemalangan industri.
Riot turut melahirkan keyakinan bahawa Malaysia akan mencapai sasaran 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020.
Menurutnya, pada masa ini peratus pekerja mahir di Malaysia adalah 31 peratus berbanding 28 peratus pada tahun 2015. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan