PAS tidak perlu mengikut jejak Naib Presiden
Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa yang menyenaraikan nama
menteri besar Kelantan lebih awal.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan masih mempunyai menteri besar sekarang.
“Selepas PRU 14 nanti tentu sekali lagi Ustaz Datuk Bentara Kanan
Ahmad Yakob dilantik menjadi menteri besar sekiranya PAS kekal menguasai
kerajaan.
“Saya rasa pemimpin PAN mengigau sebab Kelantan sudah ada menteri
besar tiba-tiba dia minta senarai nama pula,” katanya di Kota Bharu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Husam yang mendesak PAS menamakan calon menteri besar untuk PRU 14.
Katanya, PAS tidak perlu namakan menteri besar seperti dilakukan pemimpin PAN.
“Senarai nama menteri besar biasanya akan dinamakan sewaktu kita belum pegang kuasa.
“Sekarang kita dah pegang kuasa kerajaan, yang menjadi menteri besar
sekarang inilah yang akan menjadi menteri besar selepas ini selagi
masih sihat,” ujarnya.
Katanya, menteri besar Kelantan sekarang bertugas dengan baik, malah
ia dipilih sendiri Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
dan dipersetujui istana.
Tambahnya, sedangkan Husam dipilih DAP yang tidak ada pula penyokong di Kelantan.
“Cuma pandangan saya, sesiapa yang nak jadi menteri besar kena pastikan parti yang didokongi itu menang dahulu.
“Ini tidak, kawin belum lagi, tiba-tiba dah ada calon nama anak, macamana,” ujarnya. - HARAKAHDAILY
“Ini tidak, kawin belum lagi, tiba-tiba dah ada calon nama anak, macamana,” ujarnya. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan