SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tampil membidas tindakan empat wakil rakyat parti itu yang keluar parti semalam.
Dengan sinis, ujar Guan Eng, tindakan berkenaan adalah 'hadiah' buat
Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang walaupun parti
pemerintah itu dilingkari pelbagai isu.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menambah, tindakan keluar parti itu
adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana salah seorang daripadanya,
Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dipilih secara peribadi oleh Lim
Kit Siang untuk bertanding pada pilihan raya umum 1986.
"Beliau (Sim) sekali lagi diselamatkan oleh Kit Siang daripada dibuang
DAP selepas Sim bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya 2013
menentang calon DAP di kerusi DUN Kota Laksamana," kata Lim dalam
kenyataan.
Katanya, parti boleh sahaja mengambil tindakan disiplin terhadap Sim
namun parti memilih untuk tidak melakukannya kerana percaya Sim masih
setia kepada parti dan rakyat.
"Malah semasa pengkhianatan ke atas parti dalam pilihan raya 2013, Sim
menyebut bahawa 'beliau hidup sebagai DAP dan akan mati sebagai ahli
DAP, fakta itu tidak akan berubah'."
"Jelas sekali bahawa Sim telah melanggar ikrar beliau bukan sahaja
kepada parti malah turut ke atas rakyat yang menyokong DAP," tambah Lim.
Semalam, empat wakil rakyat DAP Melaka mengumumkan keluar parti selepas mempertimbangkan keputusan itu secara wajar.
Tindakan keempat-empat mereka itu ekoran mendakwa DAP telah menyimpang daripada matlamat asalnya.
Mereka ialah, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; Lim Jack Wong (Bachang)
dan Chin Choong Seong (Kesidang).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan