Jumaat, 3 Februari 2017

SPRM panggil lima individu berhubung dakwaan ke atas Annuar

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil lima individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membabitkan Tan Sri Annuar Musa.
 
Menurut kenyataan 4 perenggan itu, SPRM turut berterima kasih kepada Annuar atas kerjasama yang diberikan dalam siasatan ke atas beliau.
 
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah merakam percakapan Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa beliau ketika menyandang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
 
"Beliau yang menghadirkan diri ke pejabat SPRM secara sukarela pada pagi ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat", demikian menurut kenyataan tersebut.
 
Annuar, digantung sebagai Pengerusi MARA berkuat kuasa Selasa lalu, ekoran dakwaan menyalahgunakan wang dalam Pelaburan Mara Bhd (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi menaja Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). 
 
Terdahulu, Ahli Parlimen Ketereh itu hadir ke SPRM tepat jam 9 pagi dan selesai memberikan keterangan empat jam selepas itu.
 
 

Tiada ulasan: