Jumaat, 3 Februari 2017

Amanah tidak campur rundingan PAS-PPBM

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Amanah tidak akan mencampuri urusan rundingan kerjasama antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Menurut Presidennya Mohamad Sabu, apa yang dilakukan kedua-dua parti tersebut merupakan hak mereka dan sebarang keputusan yang dicapai PPBM akan dimaklumkan kepada Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.
 
"Itu hak mereka, kami dengan PH dan apa yang Bersatu (PPBM) buat dia akan laporkan dalam mesyuarat.
 
"Amanah akan bersama dengan PH dan kita bincang dalam mesyuarat, luar mesyuarat (tak terpakai)," katanya ketika ditemui dalam himpunan bantahan terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump hari ini.
 
Ketika ditanya mengenai sikap PAS yang enggan melibatkan Amanah dan DAP dalam kerjasama mereka bersama PPBM, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata;
 
00:48-00:51
"Itu hak dialah," katanya ringkas.
 
Pada Rabu lalu, PAS mengadakan pertemuan dengan PPBM bagi mengadakan rundingan bersabit kerjasama demi menghadapi PRU14.
 
Mesyuarat itu menghasilkan draf kerjasama yang akan diperincikan oleh kedua-dua pihak untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
 
Pada mesyuarat itu juga kedua-dua parti turut membentuk jawatankuasa teknikal bersama untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan yang dipersetujui.
 
Umum mengetahui parti pimpinan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebelum ini sering menegaskan tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
 
PAS-DAP memutuskan kerjasama politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan perbalahan berpanjangan antara pemimpin kanan dua parti itu.
 
Manakala Amanah pula menjadi musuh PAS dan dilabel sebagai pengkhianat selepas sebahagian pemimpin dan ahlinya bertindak meninggalkan parti dan menubuhkan parti serpihan berkenaan.
 
 

Tiada ulasan: