Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Rata-rata pemimpin DAP enggan mengulas perkembangan terbaru
membabitkan parti itu selepas empat wakil rakyatnya di Melaka yang
bertindak keluar parti kerana kecewa dengan kepimpinan Lim Guan Eng.
"Saya akan buat kenyataan nanti," katanya ringkas.
"Tidak ada komen. Saya tidak tahu ia benar atau tidak. Saya tidak mahu komen hal seperti ini," ujarnya.
Seorang lagi pemimpin parti, yang juga Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng memberikan alasan sibuk ketika diajukan hal ini.
Beberapa pimpinan parti yang lain, termasuk Ngeh Koo Ham, Datuk Teng Chang Kim dan Charles Santiago tidak dapat dihubungi.
Hari ini DAP menerima tamparan hebat apabila empat wakil rakyatnya di
Melaka, termasuk Ahli Parlimen tunggalnya di negeri itu, keluar parti
kerana semakin kecewa dengan pimpinan Lim Guan Eng.
Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, Lim
Jack Wong (Bachang) and Chin Choong Seong (Kesidang) mengambil tindakan
mengejutkan itu ekoran perbalahan dalaman yang berlarutan.
Selepas lebih tiga dekad menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai
diktator dan zalim, Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang menjalin
kerjasama politik dengan mantan Perdana Menteri itu yang memimpin Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Malah Kit Siang dilihat mempertahankan rekod buruk Mahathir, khususnya
berhubung dengan isu forex Bank Negara Malaysia dan skandal kewangan
Bumiputera Malaysia Finance (BMF) semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Menurut Mahathir, PPBM, DAP bersama PKR dan Amanah akan menggunakan
logo sama dan meletakkan calon yang dipersetujui untuk menyaingi
Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Tong Him, mereka kini akan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas dan tidak berhasrat menyertai parti lain.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan bertanding sebagai calon bebas pada PRU14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan