Jumaat, 17 Februari 2017

Pelajar maut kepala digilis lori

Pelajar maut kepala digilis lori
Keadaan mangsa yang terlibat kemalangan.
DUNGUN -Seorang pelajar tingkatan lima, Mohd Syawalludin Abdul Walid, 17 maut digilis sebuah lori dalam satu nahas jalan raya  di kilometer 73.5 Jalan Kuantan -Kuala Terengganu, Pulau Serai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang,  mangsa bersama rakannya, Muhammad Zulkarnain Mustafa Harun, 17  yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125z dipercayai dalam perjalanan dari kampung Pulau Serai untuk bertemu rakan mereka di kawasan sekitar.

Mangsa yang juga pelajar SMK Pulau Serai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya cedera parah dan hampir putus pergelangan kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan apabila motosikal yang dinaiki dipercayai merempuh bahagian kanan sebuah Toyota Estima.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan kedua-duanya tercampak ke laluan bertentangan.

"Sebuah kereta dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan memberi lampu isyarat untuk masuk ke kiri dan ketika memperlahankan kenderaan telah dirempuh sebuah motosikal.

"Rempuhan itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal tercampak ke atas jalan di laluan bertentangan.

"Sebaik sahaja tercampak, kedua-dua mangsa digilis sebuah lori lima tan yang tidak sempat mengelak.

"Mangsa maut di tempat kejadian, manakala rakannya cedera parah dan mengalami patah serta hampir putus pergelangan kaki kiri.

"Pegawai perubatan mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan parah di kepala dan rakannya masih lagi diberi rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan menerusi seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Tiada ulasan: