Selasa, 14 Februari 2017

PAS dakwa hanya pihak berkepentingan sahaja tolak RUU 355

 Berita Daily Staff
 
 
PAS hanya menjalankan tugas menegakkan syariat Islam dalam masa yang sama mahu melengkapkan agama Islam menerusi peningkatan aspek hukuman.

KUALA LUMPUR: Penentangan terhadap pindaan Rang Undang-Undang (RUU355) hanya datang daripada pihak yang mempunyai motif tersirat, demikian kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali.

Katanya, pelaksanaan undang-undang yang diperjuangkan PAS adalah untuk menyempurnakan Islam yang merangkumi aspek hukuman.

“Adapun RUU 355 adalah salah satu daripada perjuangan ke arah menyempurnakan Islam yang Syumul dan lengkap pada aspek kadar hukuman terhadap kesalahan jenayah Syariah. Ia bukan satu-satunya perjuangan PAS.

“Hanya golongan yang berkepentingan sahaja menolak dan menentangnya dengan pelbagai alasan remeh yang dicipta. Itu adalah sunnah perjuangan,” katanya dipetik daripada Harakah Daily sebagai berkata.

Menurutnya lagi, peningkatan kuasa dari aspek Mahkamah Syariah menerusi pindaan undang-undang itu kelak akan dapat dijadikan sebagai garis panduan umat Islam khususnya dalam menjalani rutin di samping menegakkan syariat agama.
“Di saat umat leka terhadap kewajipan menegakkan Syariat Allah meli
batkan kesalahan jenayah maka PAS hadir memperingatkan umat terhadap kelekaan ini,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: