PETROL di negara kita
mahal.
Sesiapa yang kata murah,
tidak bercakap benar atau tidak faham kaitan
di antara kuasa membeli (purchasing power) dengan harga pengguna.
Mahal murah sesuatu
barang bukan pada harganya, tapi kemampuan pengguna.
Kemampuan pengguna pula
bergantung kepada pendapatan.
Atas dasar itu, harga bagi
banyak barang pengguna di Malaysia mahal berbanding negara kaya.
Ia menjadi lebih mahal
apabila nilai ringgit merudum kerana banyak barang yang kita guna, diimport.
Harga seliter petrol RON
95 di negara kita baru naik 20 sen atau hampir 10 peratus kepada RM2.30 pada 1
Februari.
(Bagi penduduk Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) anggaplah ini hadiah Hari
Wilayah daripada menteri anda, Adnan Mansor.)
Per Kapita Kita Rendah
Pada harga itu, petrol
di Malaysia lebih mahal daripada Singapura, Australia dan banyak negara kaya di
dunia.
Pendapatan per kapita
nominal rakyat Malaysia AS$10,878 dan
harga minyak dalam dolar Amerika yang perlu dibayar, AS$0.51 seliter.
Pendapatan per kapita
nominal rakyat Singapura AS$53,053 dan harga minyak dalam dolar Amerika AS$1.44 seliter.
Perbandingan kasar harga petrol. Carta The Star |
Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia AS$51,593 dan harga petrol AS$0.83 seliter.
Nak lebih mudah faham, saya
katakan macam ini. Pendapatan seorang rakyat Singapura AS$50 dan dia kena bayar
AS$1.44 untuk seliter.
Pendapatan seorang
rakyat Australia lebih kurang sama dengan Singapura dan dia bayar hanya AS$0.80 seliter.
Tapi seorang rakyat
Malaysia yang pendapatannya AS$10 kena bayar AS$0.51 seliter.
Pendapatan per kapita
nominal Singapura 4.9 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak
di Singapura hanya 2.82 kali lebih tinggi daripada di Malaysia.
Pendapatan per kapita
nominal rakyat Australia 4.7 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga
minyak di Australia hanya 1.62 kali ganda lebih mahal daripada Malaysia.
Kalau harga minyak di
Singapura 4.9 kali ganda lebih mahal daripada di Malaysia barulah kita kata
harga di Singapura mahal dan harga di Malaysia murah.
Beban Harga Minyak
Jadi berdasarkan pendapatan,
rakyat Malaysia terpaksa belanja lebih banyak pendapatan mereka untuk beli
petrol berbanding rakyat Singapura dan Australia.
Singapura dan Australia
dekat lima kali ganda lebih kaya daripada Malaysia.
Begitu jugalah kalau
kita banding dengan banyak negara yang selama ini pemakan dedak Perdana
Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng
Sandrobone Sultan Abdul Jalil kata harga
petrolnya mahal.
Sebenarnya berdasarkan
tahap pendapatan per kapita kita, sama ada nominal atau mengikut Pariti Kuasa
Membeli (PPP), harga bagi banyak barang pengguna di negara kita lebih mahal
daripada Singapura dan negara-negara maju lain.
Maksudnya kalau kita
belanja 100 unit mata wang yang serupa untuk membeli-belah di Malaysia, Singapura
dan Australia, kita akan dapat lebih banyak barang di Singapura dan Australia.
Tapi kalau kita banding
diri kita dengan negara yang lebih rendah pendapatan per kapita macam
Indonesia, Filipina dan Thailand, betullah harga petrol kita lebih murah.
Harga minyak mentah di
pasaran dunia semakin naik. Itu kita tak nafi. Malah baik untuk kita kerana
kita eksport minyak mentah. Tapi kenaikannya tidaklah sampai 9.5 peratus macam
kenaikan harga petrol pada 1 Februari lalu.
Alasannya, harga runcit petrol
kita bukan berasaskan harga minyak mentah tapi harga minyak yang diproses.
Macam-macam pulalah alasan jenis dedak yang digunakan untuk tipu rakyat jelata.
Beratur tunggu petrol percuma |
Selain kenaikan harga minyak mentah, kita juga tanggung beban kejatuhan kadar tukaran ringgit. Nilai ringgit sudah merosot lebih 20 peratus berbanding dolar.
Lagipun kita tak boleh banding
dengan Singapura. Ia negara kecil. Rakyatnya kurang guna kenderaan sendiri.
Mereka guna kenderaan awam. Kalau mereka guna kereta pun, jarak dari satu
tempat ke satu tempat tidaklah jauh macam di Malaysia.
Jadi kalau kita kira
semua faktor, khususnya tahap pendapatan, kita akan dapati harga petrol di
negara kita tidaklah murah malah mahal.
Lagi mahal petrol dan
lagi tinggi kos sara hidup lagi ramailah orang yang tak mampu duduk di bandar
atau guna kereta. Lagi ramai duduk jauh dari bandar dan guna motosikal lagi
ramailah mati atau cedera akibat kemalangan jalan raya.
Itulah yang sudah jadi
dengan janji rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan