Isnin, 6 Februari 2017

Lawatan PAC kejayaan pertama peniaga pasar Pasir Puteh

 ZIKRI ABDULLAH

Lawatan PAC ke pasar baru Pasir Puteh pagi tadiLawatan PAC ke pasar baru Pasir Puteh pagi tadi

Lawatan Jawatankuasa kira-kira negeri (PAC) Kelantan yang turun melawat pasar baru Pasir Puteh pagi tadi merupakan kejayaan pertama para peniaga Pasar Besar Pasir Puteh.

Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berharap PAC dapat membantu peniaga dengan membuat laporan segera kepada kerajaan.

"Kewujudan sebarang salah laku dan penyalahgunaan kuasa membolehkan kerajaan menangguhkan perpindahan peniaga sehingga keluasan dan kemudahan ruang niaga sewajarnya disediakan terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini pihak PAC diketuai Adun Tawang, Hassan Mahmood melakukan pemeriksaan ke atas Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) berkait isu pasar baru itu.

"Sudah lama saya mencadangkan PAC yang dipengerusikan Adun Tawang bertindak aktif.

"Saya telah mendedahkan peniaga Pasar Pasir Puteh menjadi mangsa kepada salah pengurusan tertentu," kata Husam.

Peniaga pasar berkenaan katanya, mendapat tempat niaga yang menyiksa mereka dan akan membunuh perniagaan mereka.

"MDPP kerugian paling tidak setakat ini, sebanyak RM2 juta.

"Pemaju mendapat tanah bernilai prima di tengah bandar Pasir Puteh tanpa perlu mengikuti ketetapan asal perjanjian.

Kehadiran PAC pagi ini membenarkan apa yang saya dedahkan," katanya.

Beliau mengingatkan PAC supaya bertindak segera dan tegas tanpa memilih bulu.

"Jangan hanya melawat, sedangkan hasilnya entah ke mana," katanya.

Tiada ulasan: