Isnin, 13 Februari 2017

Kehadiran ke Himpunan 355 tak perlu jemputan rasmi

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tidak perlu jemputan rasmi ke Himpunan 355 jika pihak berkenaan, terutama yang beragama Islam sedar kepentingan undang-undang berasaskan Islam, demikian menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki.
 
"Himpunan RUU33 ini adalah anjuran ummah Islam Malaysia yang digerakkan oleh 10 gabungan NGO, bukan anjuran PAS.
 
"Setakat yang saya maklum, sekretariat penganjur menjemput ahli-ahli Parlimen dari pelbagai parti termasuk PKR. 
 
"Yang lebih penting sesiapa yang sedar tentang kepentingan mendaulatkan syariah Islam, mereka dengan sendirinya terpanggil dan tidak memerlukan jemputan formal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Zuhdi berkata demikian sebagai menjawab respon yang diberikan PKR yang mendakwa belum mendapat sebarang jemputan rasmi daripada PAS ke Himpunan 355 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata pihaknya masih tidak dapat memberikan kata putus berkenaan kehadiran pimpinan partinya pada himpunan tersebut.
 
Setakat ini, masih belum ada lagi parti pembangkang yang lain mahupun Barisan Nasional (BN) mengesahkan kehadiran mereka pada perhimpunan ini.
 
H355 yang bakal diadakan di Padang Merbok itu, adalah satu lagi usaha memberi penerangan bersabit cadangan RUU 355 yang telah melalui dua kali penangguhan di Parlimen.
 
Menurut PAS, tujuan penganjuran himpunan itu adalah untuk 'memurnikan suasana' ekoran sikap sesetengah pihak yang tidak bersetuju terhadap langkah itu.
 
Himpunan yang turut dianjurkan secara bersama dengan NGO dan aktivis itu turut menjemput kehadiran parti-parti politik termasuk DAP, Amanah dan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN

Tiada ulasan: