OLEH SYAZWANI SUFIAN
SHAH ALAM: Mahkamah Majistret Ampang mengesahkan Pengerusi
Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md Yunos
ditahan reman lima hari, bermula hari ini.
Penahanan
itu bagi membantu siasatan membabitkan serbuan ke atas menceroboh
premis perjudian di sekitar Selangor, akhir tahun lalu.
Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Jamal, sehingga 7 Februari ini.
Peguam pengerusi GNGMM itu, Zamri Idrus berkata, Jamal akan dsiasat
di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.
Katanya, Jamal ditahan disebabkan satu laporan polis terhadap anak
guamnya itu dan tempoh tahanan reman dikeluarkan kerana polis perlu
mengambil masa bagi menjalankan siasatan lanjut.
Difahamkan, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu ditahan di kediamannya pada jam 3 petang, semalam.
Terdahulu, Jamal bersama beberapa yang lain menyerbu beberapa premis
pusat hiburan yang menjalankan kegiatan judi di Ampang, pada Disember
tahun lalu.-NFN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan