BALING: Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ditutup buat sementara waktu ekoran enam kes disyaki Rotavirus dilaporkan.
Enam kes tersebut melibatkan tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan berusia dua hingga 11 tahun.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata,
berdasarkan siasatan awal pihaknya mendapati kesemua kanak-kanak
terbabit pernah mengunjungi pusat reakreasi itu pada 30 Januari lalu
antara jam 1 hingga 4 pagi.
Keenam-enam mereka yang terdiri dari dua keluarga berlainan bangsa
dimasukkan ke Hospital Kulim pada 1 hingga 3 Februari, dilaporkan dalam
keadaan stabil.
Norhizan berkata, notifikasi berhubung kejadian disyaki jangkitan
Rotavirus diterima daripada pihak hospital oleh Pejabat Kesihatan Daerah
Kulim.
Keputusan setakat ini mendapati dua kes adalah positif sementara empat lagi kes masih menunggu keputusan ujian berkenaan.
Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri sudah mengambil beberapa tindakan segera bagi membendung masalah itu.
Dalam masa sama, orang ramai yang mempunyai sejarah melawat Pusat
Rekreasi Air Panas Ulu Legong dari tempoh 25 Januari hingga 3 Februari
lalu diminta mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan jika
mempunyai simptom sepetrti demam berterusan, muntah dan cirit-birit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan