Ahad, 12 Februari 2017

Empat wakil rakyat Melaka DAP keluar parti

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
AYER KEROH: Empat wakil rakyat DAP termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu.
 
Selain Tong Him, turut 'angkat kaki' ialah ADUN Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang) and Chin Choong Seong (Kesidang).
 
Pada sidang akhbar sebentar tadi, Tong Him berkata beliau bersama rakan-rakannya mengambil tindakan keluar DAP kerana perjuangan parti itu semakin daripada landasan asal.
 
Beliau berkata, mereka hilang kepercayaan terhadap parti dan kecewa dengan barisan kepimpinan.
 
Menurut Tong Him, mereka akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai wakil rakyat bebas.
 
Jawatankuasa Disiplin DAP menggantung keahlian Tong Him dan Leong San selama setahun sejak 7 Februari tahun lalu kerana merosakkan reputasi parti.
 
 

Tiada ulasan: