Ahad, 12 Februari 2017

PAS tak akan sertai pakatan pembangkang

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KOTA BHARU: PAS tidak akan menyertai pakatan pembangkang walaupun diberi tempoh masa tertentu, kerana gabungan terbabit turut disertai DAP dan Amanah.
 
Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ketika menegaskan perkara itu berkata, keputusan PAS sebelum ini sudah jelas iaitu tidak sesekali bersama pakatan pembangkang.
 
"Tidak perlu beri tempoh sebulan atau seminggu kepada PAS kerana kita tidak pernah berhasrat untuk menyertai pakatan pembangkang yang turut dianggotai DAP dan Amanah.
 
"Saya nak tanya Dr Mahathir, sebelum dan selepas menjadi Perdana Menteri, dia (Dr Mahathir) sering perlekeh PAS, namun kita pelik kerana beliau begitu berminat dan meminta PAS menyertai pembangkang.
 
"Kerjasama dengan pembangkang mungkin tidak berlaku, melainkan kita syorkan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar dari pakatan pembangkang," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.
 
Akhbar semalam melaporkan, PAS diberi tempoh sebulan untuk membuat keputusan berhubung penyertaan parti itu dalam pakatan pembangkang.
 
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tempoh itu dianggap memadai dan jika tiada keputusan dicapai, pakatan pembangkang sedia melepaskan PAS daripada menganggotai gabungan itu.
 
Katanya, perbincangan dengan PAS berdepan kesukaran berikutan keengganan presidennya, Datuk Seri Hadi Awang untuk bertemu.
 
 

Tiada ulasan: