Jumaat, 10 Februari 2017

Bukan servis teruk tetapi kabel TM dicuri- SKMM

Agensi
Seoarang pengawal keselamatan berkawal di bangunan Telekom Malaysia Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR,
IPOH- Telekom Malaysia Bhd. (TM) mengalami kerugiaan kira-kira RM50 juta setahun akibat kecurian kabel telekomunikasi.

Bernama melaporkan, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Halim Shafie berkata, pencuri biasanya mensasarkan kabel tembaga yang digunakan dalam perkhidmatan Streamyx.

“Perkhidmatan Streamyx yang bersandar kepada penggunaan kabel tembaga boleh didapati di stesen-stesen minyak dan kedai.

Disebabkan kecurian kabel, akses telekomunikasi dan internet jalur lebar turut terjejas,” katanya keada pemberita selepas menyerahkan nombor premis di Pulau Pangkor hari ini.

Pengguna yang tidak mengetahui mengenai kecurian tersebut akan membuat aduan mengenai servis buruk Streamyx, katanya.

“Pemasangan semula kabel memakan masa yang lama dan melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Halim berkata, penduduk di Pulau Pangkor boleh menikmati rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) 4G tidak lama lagi.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: