ARAU – Penjelasan terperinci mengenai
agama Islam oleh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik pada ceramah di
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini telah membuka hati
seorang pelajar warga India untuk memeluk agama Islam.
Pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti awam di
negara ini, melafazkan dua kalimah syahadah dibimbing Dr Zakir dengan
bersaksikan kira-kira 1,000 hadirin.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, R.A. Shivaleela, 40, berkata sebelum ini beliau membaca dan mencari ilmu tentang Islam melalu buku dan video di YouTube.
“Tapi kini saya amat tertarik dan berpuas hati dengan penjelasan Dr Zakir tentang kewujudan Allah,” katanya sambil menyatakan tindakan memeluk Islam adalah atas kerelaannya sendiri.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut hadir pada ceramah itu.
Hadir sama Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohamad Nazim Mohamad Nor dan Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.
Terdahulu, dalam ceramahnya bertajuk “Quran and Modern Science: Conflict or Conciliation” yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan UniMAP, Dr Zakir berkata umat Islam perlu menghindari perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan masyarakat Islam.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya hadir bukan untuk menimbulkan fitnah atau menghina mana-mana agama, namun untuk mencari persamaan dan penyatuan,” katanya yang pertama kali berkunjung ke Perlis.
— BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan