Sabtu, 11 Februari 2017

Annuar Musa sediakan peguam untuk ‘Mat Tere’

Berita Daily Staff
 
 
Pihaknya akan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada Mat Tere, seorang lelaki ‘istimewa’ yang nama sebenarnya, Muhammad Zul Apis Baharum, 29, sekiranya keadaan memerlukan.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa akan membantu menyediakan khidmat peguam bagi membantu ‘Mat Tere’ yang sebelum ini ditahan kerana menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman media sosial sebelum ini.

Annuar berkata, pihaknya juga akan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada Mat Tere, seorang lelaki ‘istimewa’ yang nama sebenarnya, Muhammad Zul Apis Baharum, 29, sekiranya keadaan memerlukan.
Beliau turut menganggap Mat Tere sebagai kawan dan rakyat di Parlimen Ketereh.

“Semua tahu Mat Tere adalah insan istimewa dan janganlah sesiapa mengambil kesempatan dengan keadaannya itu.

“Dia (Mat) itu lurus selurusnya, Allah takdirkan keadaannya begitu. Dia tetap mulia di sisi Allah,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Mat Tere ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sebelum ini membantu siasatan berhubung video kata-kata kesat menghina Tunku Ismail yang menjadi tular di Facebook kelmarin.

Tiada ulasan: